Posts

Showing posts from July, 2017

Tarbiyah Mengajar Aku Menjadi AKHOWAT KENTAL!

Image
Ceritera akhowat kental. Pernah tak kita terfikir, di lokaliti kita, di ipt kita, bagaimana kakak-kakak yang terdahulu menghidupkan dakwah?. Kita sedar tak bahawa menggerakkan dakwah di saat tidak ramai tenaga yang ada bukan suatu yang mudah?. Kita sedar tak macam mana keadaan curam bukit yang telah kakak-kakak kita daki untuk sampai ke puncak?. Ya, mesti tak pernah terfikir bukan?. Terlintas pun mesti tak pernah kan?. Yang kita tahu hanyalah, menyambung saja apa yang ada depan mata. Itu pun culas-malas lagi!. Meh sini aku ceritakan pada kamu kisah akhowat-akhowat senior kamu. Kisah manis masam pahit getir mereka membina diri dan menggerakkan dakwah ini. Mereka yang sudah lama dalam DnT ni, mesti tahu sangat beza akhowat dengan ikhwah. Nama pun akhowat, memang lebihnya pada perasaan lah. Emosi. Ada kisah satu orang akhowat. Pernah dia ceritakan pada aku, bagaimana asam garamnya ketika dia mula menapak dalam taman-taman tarbiyah ini. Di salah satu kolej, Allah ta...