"Ukhuwwah itu indah!"


“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah orang-orang yang berselisih diantaramu.(49:10)”

Kalam Allah yang sering kita ungkap saat memulai ikatan ukhuwah. Berasal dari  perkataan “akhun” yang ertinya saudara, teman, sahabat dan seumpama dengannya. Juga tak lupa kita untuk memahami kata ini dari istilahnya yang bermaksud perasaan kasih sayang dan saling mencintai sesama muslim.
Jom, kita cuba lihat pula apa kata as-shekh imam Al-Banna rahimahullah, seorang muassis gerakan Ikhwanul Muslimin dari bumi Mesir. Kata-kata yang dinukilkan dalam Himpunan Risalah beliau:-

            "Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpakasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada danyang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri)." 

Kita selalu ungkapkan kepada sahabat kita,

            “ Akhi, ana uhibbuka fillah “
            “ Ukhti, uhibbuki fillah. Jumpa kat syurga nanti eh”            “ Bro, kau lah kawan aku dunia akhirat bro”

Adakah ungkapan ini membumi?. Kerana mengikut pengalaman, kita ini lebih suka berbicara manis berbanding mengamalkannya. Itulah sikap negatif yang ada.

Bagi yang mengikuti sistem halaqah, ukhuwah ini antara perkara yang asas yang mereka akan cuba terapkan terlebih dahulu. Mereka berpegang dengan kalam seorang sheikh dakwah yang menulis tentang beberapa prinsip dalam fiqh dakwah, “At-ta’lif Qobla Taklif” iaitu mengikat sebelum memberi tanggungjawab.

Ukhuwwah ini amat mudah dibina, tapi amat sukar dijaga. Kadangkala, tanpa kita sangka, ikatan ini mudah sangat terputus. Putus dek kerana perkara yang kecil saja. Sebab itu, kita harus tanya semula pada diri kita, “Ukhuwwah ini kerana apa?. Adakah benar kerana Allah atau kerana dunia semata?.

Kalau anda perasan lah kan, post ini dimulai dengan satu potong ayat dari ayat-ayat Allah. Surah Al-Hujuurat ayat 10. Surah Al-Hujurat ini banyak menceritakan soal mu’amalah atau hubungan kita sesama manusia.

            Innamal Mu’minuna Ikhwatun”. Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.

Ayuh kita perhatikan, mengapa Allah menyebut kata mukmin?. Mengapa mukmin itu bersaudara?. Kenapa tidak Muslim?. Kita pasti sudah sedia maklum betapa darjat mukmin ini tidak sama seperti muslim. Lihatlah di sekeliling anda tu, betapa ramai orang islam malah orang islam ini adalah agama majoriti yang menduduki tanah Malaysia. Tapi, cuba anda ‘zoom in’ kan lagi, anda akan dapati betapa orang muslim ini ramai tapi hanya buih di lautan. Mereka muslim tapi tidak beriman kepada Allah. Masih buat maksiat kepada Allah.

Tapi, sekali lagi soalan, kenapa mukmin itu bersaudara ha?.

Ya, orang yang mukmin, yang beriman itu sangat hebat!. Setiap tindak tanduknya bergerak atas dasar keimanan dan taqwa kepada Allah. Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Makan minumnya kerana Allah. Kerjanya kerana Allah. Pergaulannya kerana Allah. Solatnya pasti kerana Allah. Riadhahnya kerana Allah. Senang ceghita, semuanya kerana Allah. Ini orang mukmin.

Sebab itu, Allah ambil title mukmin untuk nak dipadankan dengan ukhuwah. Kerana, orang mukmin itu bila dia berukhuwwah, orang putih kata, confirm for the sake of Allah!. Tapi, ia lah kan, bila kita buat sesuatu kerana Allah ni, wajib kena uji. Ujian Allah tu nak tengok kita ni betul-betul ke ikhlas buat sesuatu tu sebab Allah. Cek semula niat kita.

Contohnya dalam bab ukhuwah, anda dah kenal dengan sahabat anda tu lama. Lebih kurang 3 tahun. Buat benda mesti sekali. Makan sekali. Tidur sekali. Jalan-jalan sekali. Riadhah sekali. Kongsi masalah peribadi sekali. Dalam masa 3 tahun tu, mesti ada saat anda dan sahabat anda tu tergigit jari kan?. Mesti ada masalah yang timbul membuatkan anda tak seronok berukhuwwah contohnya sahabat anda tak telus dengan anda lalu anda terasa dengan dia. Pernah tak?.

Kat situ ujian Allah!. Cuba tengok dalam ayat yang sama.

           Fa Aslihuu Baina Akhowaikum. Maka damaikanlah orang yang berselisih di antara kamu.

Haaaa, kan Allah dah bagi solusinya di situ. Bila anda bergaduh atau terasa hati, anda kena cepat-cepat mendamaikan. Tidak kira siapa-siapa pun. Solusi kepada masalah ukhuwah adalah dengan sesi pendamaian. Perlu ada satu pihak yang rendahkan egonya, minta maaf dan perbaiki ukhuwah. Siapa pihak tu?. ANDA lah!. Ya!, mulakan usaha mulia ni dengan anda. Bila anda terasa dengan sahabat anda, terus-terang dan telus lah dalam persahabatan. Jika benar KERANA ALLAH. Jika benar KERANA ALLAH.

Sahabatku,

Binalah ukhuwah sebaiknya. Biarlah kerana Allah. Kita mahu ukhuwah ini membantu kita untuk menuju syurga. Kita mahu dari ukhuwah ini, hubungan kita dengan Allah semakin kuat. Jika tergigit jari, cepat-cepatlah cari solusinya. Bimbang jika dibiarkan, dia akan jadi barah dan merebak terus. Jadilah seperti Nabi Musa dan Nabi Harun. Saling memerlukan. Menjaga ukhuwah juga salah satu dari kewajipan sebagai muslim!. We are Muslim and Mukmin. In Shaa Allah!.

            “ Sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya (HR Tarmizi)”

[TaujihatJiwa1.0]

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

Self-reflection buat Sang Daie Tarbawi.