Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 2.0
***
Irham mula membayangkan yang Abang
Saif pasti akan memarahinya. Mana tidaknya, hari terakhir buat hal. Orang hari
terakhir semangat nak habiskan aktiviti, tapi tidak Irham. Dia ponteng dengan
selambanya.
“Owhhh, Abang Saif, errrr, bang apa
khabar?. Masuklah dulu bang. Duduklah”, Irham mempelawa Abang Saif duduk di
atas katilnya yang bercadarkan corak buah strawberi.
“Alhamdulillah, abang ok jerrr.
Irham apa khabar. Abang dengar cerita dari Usman, kamu tak sihat betul ke?. Tu
yang abang datang nak ziarah tu”, ujar Abang Saif menyatakan objektif
kehadirannya ke bilik Irham.
“Errrrr, hmmmm, sori bang. Saya
banyak menyusahkan abang. Saya sebenarnya tak berapa suka orientasi-orientasi
ni. Biasalah. Saya di sekolah, nakal orangnya. Sori sangat bang. Saya memang
takde mood nak pergi taklimat terakhir ni”, Irham mula jujur kepada abang Saif
tentang apa yang terbuku disudut hatinya.
“Ohhhhhhh, itu je ke. Alah, kenapa
tak cakap je kat abang. Jujur je. Abang bukan nak marah pun. Rasulullah pernah
beritahu kita soal jujur ni. “Hendaklah kamu semua bersikap jujur, karena
kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa pada surga.” (HR. Bukhari).
Kalau kamu jujur, inshaa Allah, ada kebaikannya. Apa kebaikannya?.
Kebaikannya, tidaklah abang dan teman-teman LDK kamu runsing sangat. Tidaklah
abang hilang fokus masa mengendali LDK. Sebab, hmmmm. Abang sayang kamu semua
kerana Allah. That’s it”, abang Saif cuba menasihati Irham sambil menggaru-garu
telapak tangannya sendiri.
“Ohh, yeke abang. Maafkan saya yer
bang. Tapi series saya dah tak mampu nak pergi lagi orientasi”, Irham cuba
mengulang kembali perasaannya yang memang dah “tiada” hati dengan orientasi
itu.
“Ok, takpe lah macam tu. Abang boleh
bagi peluang kepada kamu. Tapi, dengan satu syarat!”, abang Saif cuba meletak
umpan.
“Wah, main syarat plak bang. Syarat
ape tu?!!!”, Irham menunjukan sifat ingin tahunya.
“Syaratnya, kamu kena set masa
dengan abang untuk kita makan malam bersama. Tapi, bukan candlelight dinner eh.
Boleh jadi, kedai mamak roti canai je. Hehe”, abang Saif cuba memasang umpan
dengan harapan untuk tarik Irham ikut usrah.
“Ok, baiklah abang Saif. No problem!.
Hmmm”,Irham membalas dengan semangat disertakan dengan perasaan ingin tahu akan
apa tujuan sebenar abang Saif mengajaknya makan.
***
Abang Saif. Siapakah beliau?.
Beliaulah ketua nuqaba’ untuk persatuan usrah di sebuah universiti yang
dewannya berbentuk penyu itu. Beliau sering mendapat kepercayaan pegawai pusat
Islam dan teman-teman AJK surau yang lain dalam melaksanakan tugas terutamanya
dalam bab membina individu muslim ni. Abang Saif dilantik menjadi ketua nuqaba’
usrah selama dua sesi. Pegawai pusat islam hanya menyerahkan saja urusan
membentuk individu muslim di universiti ini kepada abang Saif. Itulah bukti
kepercayaan pusat islam kepadanya. Abang Saif juga dikenali oleh teman-temannya
sebagai “orang tarbiyah”.
Gelaran itu diberi dek kerana abang
Saif ini sangat mementingkan tarbiyah terutamanya dalam kalangan AJK surau
sendiri. Pernah satu ketika, pusat islam ada menganjurkan aktiviti Larian
Hijrah di peringkat universiti. Abang Saif ada perasan suatu perkara yang tak
kena dalam kalangan AJK apabila melaksanakan tugas iaitu isu ikhtilat. Lalu,
abang Saif ini selalu menegur AJK dalam pertemuan AJK supaya menjaga akhlak
sebagai seorang yang membawa imej Islam. Mana mungkin kita mahu orang dekat
dengan Islam, tapi kita yang nak mengajak mereka ni yang buat masalah.
Abang Saif ditugaskan untuk menyusun
usrah untuk pelajar yang mahu menyertainya. Bukan sekadar susun kumpulan, malah
perlu susun sekali bahan-bahan usrah mengikut silibus walaupun hakikatnya abang
Saif mengerti yang tarbiyah ini bukan “silibus-oriented”. Seperti biasa, abang
Saif sudah maklum yang memang pada permulaannya akan ramai yang ingin menyertai
usrah, tapi kebiasaannya, cukup hujung tahun, yang benar-benar melekat hanya
beberapa orang saja. Itulah sunnatullah yang seharusnya para pendakwah sedia
maklum. Tapi, bukanlah menjadi lesen untuk pendakwah buat kerja main-main dan
tak bersungguh.
“(Twetttttt, twetttt, tweettttt)”, bunyi
kicauan burung berbunyi dihenset abang Saif.
“Assalamualaikum abang Saif. Apa
khabar?. Abang free hari Jumaat ni?. Jom makan malam sekali. Boleh borak
panjang lagi”, Irham menunjukkan keselesaannya terhadap abang Saif.
“Waalaikumussalam Irham.
Alhamdulillah, baik. Harap kamu pun baik-baik aje. Inshaa Allah, free. Nanti
kita jumpa kat Tomyam Kuning kat belakang kolej yer!. Lepas isyak’. Tak sabar
rasanya!. Uhibbuka Fillah!”, abang Saif begitu gembira kerana objektifnya untuk
berborak dengan Irham kian jadi kenyataan.
“Inshaa Allah bang!”, Irham membalas
baik.
“Uhibbuka Fillah?. Kenapa abang Saif
cakap kat aku macam tu eh?. Bukan ke aku baru je kenal dengan dia?. Mesti ada
apa-apa ni. Arghhhhhh, abaikan je la”, getus hati Irham yang mula kebingungan. Mana
tidaknya, ungkapan uhibbuka fillah itu seolah-olah berenang dalam pemikirannya.
Abang Saif dan Irham pun bertemu di
tempat yang dijanjikan. Kedai Tomyam Kuning belakang kolej lepas isyak’. Abang
Saif datang dengan jubah kelabunya dengan segak bergaya(maklumlah baru balik
surau) dan Irham hanya berpakaian biasa seperti rakyat marhaen.
Dan mereka memulakan perbualan……………………………..
~To
Be Continued~
***Sabaq skettttt. Nantikan sambungannya. Bila?. Bila Allah mengizinkan. Hehe
***Sabaq skettttt. Nantikan sambungannya. Bila?. Bila Allah mengizinkan. Hehe
Comments