Posts

Showing posts from November, 2015

Sunnatullah di jalan Allah

Image
Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan, Engkau mengaku hendak menegakkan syariatNya, Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan, Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerimaNya… Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan, Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian, Memang pujian itulah yang engkau cita-citakan,  Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau… Engkau bercerita hendak membuat kerja-kerja Tuhan, Tapi dapat nikmat tidak diagih-agih, Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan, Dapat nikmat lupa kawan… Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam, Tapi bercakap mengata dan mengumpat orang, Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang, Kenyataannya engkau memecahkan perpaduan, Sahabat! Bercakap mudah, mengotakan susah, Menyebutkan senang, mengamalkan dalam kehidupan payah, Sedarlah, insaflah teman, Memperjuangkan Islam tidak semudah yang dicakapkan… {TaujihatJiwa}

CERPEN: Ana Enti's Tarbawi Love.

Image
Oh Tuhanku.             “ Salam alaik enti. Apa khabar?. Harap sihat lah yer!. Macam mana usrah hari ni?. Basah tak?. Hehe”             “ Alhamdulillah akhi Naeem. Ana baik-baik aje. Enta?. Usrah?. Subhanallah!, menghidupkan ruh!. Enta mesti best kan. Dapt usrah dengan murabbi hebat!.” Naeem tersenyum-senyum sambil membalas Telegram dari Syaqirah. Jari-jemari saling bergerak bersilangan dengan laju menunjukkan Naeem sudah terlalu biasa berbalas-balas Telegram . Ahhhhhh. Seperti tak percaya saja akan apa yang berlaku di depan mata Yaseer sebentar tadi. Like English people said , Cannot brain . Perbualan Telegram antara Naeem, seorang akh yang dikasihinya dengan Syaqirah, wanita yang entah dari ceruk rantau mana datangnya. Nak kata akhowat, aishhhh. Tidak mungkin akhowat. Kerana akhowat tidak mungkin akan buat perkara yang dimungkiri Allah. Bermesej-mesejan. Cinta Islamik Ana Ent...

CERPEN: Maafkan kami murabbi.

Image
Brotherhood             “ Sreeeeettttttttttttt… ……..” Tayar motor CT100 Hassan bergeseran di jalan. Bau hangit tayar menyinari malam itu. Jam menunjukkan pukul 8.50 malam. Tinggal lima minit saja lagi untuk memulai usrahnya malam itu. Anak usrahnya setia menanti sambil-sambil menghabiskan tilawah mereka. Murabbi yang bersemangat waja. Itulah sosok peribadinya. Hassan memulai usrahnya dengan mentadabbur Surah As-Soff ayat 4 di dalam bilik kuliah kecil. Ayat itu jelas menceritakan tentang bahawa Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seperti bangunan yang kukuh.             “ Nasyid Syamail Muhammadiyah …….” Telefon Hassan berbunyi. Kebiasaannya dia akan silent kan telefon tangannya yang berjenama ASUS itu ketika usrah sedang berjalan. Entah kenapa malam itu dia lupa untuk tukar ke mod silent . Dia juga pelik.    ...