CERPEN: Maafkan kami murabbi.

Brotherhood


            “ Sreeeeettttttttttttt………..”

Tayar motor CT100 Hassan bergeseran di jalan. Bau hangit tayar menyinari malam itu. Jam menunjukkan pukul 8.50 malam. Tinggal lima minit saja lagi untuk memulai usrahnya malam itu. Anak usrahnya setia menanti sambil-sambil menghabiskan tilawah mereka.

Murabbi yang bersemangat waja. Itulah sosok peribadinya.

Hassan memulai usrahnya dengan mentadabbur Surah As-Soff ayat 4 di dalam bilik kuliah kecil. Ayat itu jelas menceritakan tentang bahawa Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seperti bangunan yang kukuh.

            “ Nasyid Syamail Muhammadiyah…….”

Telefon Hassan berbunyi. Kebiasaannya dia akan silentkan telefon tangannya yang berjenama ASUS itu ketika usrah sedang berjalan. Entah kenapa malam itu dia lupa untuk tukar ke mod silent. Dia juga pelik.

            “ Ikhwah, izinkan ana jawab telefon ya. Panggilan dari kakak ana.”

Hassan meminta izin untuk menjawab telefon. Dia meluru laju keluar ke koridor dalam keadaan bergegas. Jarang sekali kakaknya menelefonnya. Mungkin ada hal yang penting. Itulah yang berlegar-legar dalam fikiran Hassan. Rasa tak sedap hati.

            “ Hassan, mak masuk ICU (Intensive Care Unit). Mak jatuh dalam bilik air. Koma. Datang cepat tau.“

Hassan diam tak terkata. Mahu saja air matanya dijatuhkan namun dia menahannya supaya adik usrahnya tidak mengesan apa-apa perubahan pada wajahnya. Berita yang tidak diduga. Pertama kali ibu kesayangannya itu masuk wad. Sebelum ini hanya sakit-sakit biasa saja. Batuk, selesema, demam. Namun, Hassan cuba menguatkan dirinya. Allah ingin menguji imannya.

            “ Ikhwah, ana mungkin akan habiskan usrah kita pukul 9.30. Ana ada hal keluarga jap. Kita tunda hari lain. Nanti ana maklum melalui Whatsapp. Jangan ada yang tak baca pulak.”

Ahh. Sempat lagi Hassan bergurau dalam keadaan genting macam ini. Benarlah, dia seorang yang kuat.

Hassan mencapai kunci motornya yang diletak di tepi beg galasnya.

            “ BismillahirRahmaniRahiim……”

Dia terus memecut laju menuju ke hospital. Laju tapi cermat. Hassan masa zaman sekolahnya dikenali sebagai rempit jalanan. “Tebuan Kota”. Itulah nama geng rempitnya. Antara geng yang dikehendaki polis di kawasan itu. Bawa motor pada kelajuan 140 kilometer sejam adalah perkara kecil baginya. Petik jari. Mudah saja.

Tiba saja di hospital, terus dia bergegas menuju ke lif. Butang bernombor lapan ditekan sepantas kelajuan cahaya.

Setibanya dia di ICU, dengan pantas dia mencapai tangan ibunya yang sedang koma. Dikucup tangan seorang ibu. Kali ini air matanya tidak dapat dibendung lagi. Dibiarkan saja mengalir membasahi tangan ibunya. Mana tidaknya, saat dia ditimpa masalah, telinga ibu itulah yang setia mendengar masalahnya. Tangan ibu itulah yang tidak putus-putus memohon doa dan memberi bantuan.

Benarlah. Kasih-sayang seorang ibu, tiada tolok bandingnya.

*****

            “ Sam, ko rasa, apa masalah abang Hassan eh?. Jarang dia main tunda-tunda ni. Dia kan ‘taksub’ dengan tarbiah. Tunda-menunda ni bukan amalannya. Ko pun tahu kan. Ke prinsip dia dah berubah sekarang?. Tak syadid dah?.”

            “ Betul tu. Aku rasa abang Hassan ada masalah ni. Dia tak akan tunda kalau takde masalah. Ko ingat tak masa kereta Azman rosak dulu?. Sanggup dia suruh Azman tunggu sampai dia habis usrah. Haha. Tapi kali ni tak pulak. Pelik aku.”

Samsul dan Indra mula saling meneka sesama mereka. Sedang membina sangkaan-sangkaan kepada abang Hassan.

Inilah masalah sesetengah dari kita yang sering saja buat sangkaan tanpa menyelidiki. Masalah yang menimpa semua orang tapi agak ironi bila ia juga dilihat sedang menjalar dalam kalangan orang yang mengaku ditarbiah. Sedih.

            “ Salam ikhwah, nak tanya antum, antum agak apa masalah abang Hassan?. Jom kita sama-sama ziarah dia nak?.”

Redhuan membuka bicara dalam group Whatsapp mereka. Rupanya, mereka ada satu lagi group Whatsapp tanpa abang Hassan. Itu ijtihad Redhuan untuk buat group lain supaya mudah nak bincang belakang tabir. Redhuan juga antara orang yang dihormati. Sentiasa hikmah dalam bertindak.

            “ Indra: Wasalam. Uish enta. Tak payah lah semangat sangat. Biarlah abang Hassan ok dulu. Tak best pulak kacau privacy orang.”

            “ Samsul: Ana setuju. Biar jela. Tak yah lah ziarah dia lagi. Bergaduh dengan famili kut. Hehe.”

            “ Ramlan: Ana ok aja mana-mana yang terbaik. Kita syuro dalam ni. Setel masalah. Amalan Syuro Diyakini ~~~.”

            “ Haris: Ana follow syuro!. Hehe.”

Begitulah gelagat anak usrah abang Hassan dalam group Whatsapp rahsianya.

            “ Redhuan: Ikhwah, ana nak minta kita semua istighfar. Jom sama-sama baca hadis ni. “Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh.  Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.”(HR al-Bukhari).
Antum sayangkan ikhwah tak?.
Antum sayangkan abang Hassan tak?.
Antum sayangkan dakwah tak?.
Mana mungkin antum sayang ke semuanya sekiranya antum tak nak sama-sama merasainya. Antum bukan mahu ambil berat malah antum lebih suka berprasangka yang tidak elok. Kita kata, kita sayang ikhwah, tapi kita buat tak tahu je bila ikhwah ada masalah. Kita laungkan “Ukhuwwah Fillah”, tapi laungan yang tidak membumi!. Jom sama-sama cakna akan ikhwah kita. Sama-sama bantu. Bukan menyusahkan kita pun. Yang penting, kena ikhlas nak bantu.

Ok, last ana tanya, antum nak bersama-sama tak ziarah murabbi kita?.”

            “ Semua: Ya akhi!. Asif, kami salah. Jzkk kerana menegur.”

Tepat pada masanya. Taujihat Redhuan memanah hati setiap ahli usrahnya. Masing-masing terdiam atas teguran itu. Mungkin terlalu lama dimanjakan. Kata-kata Redhuan betul-betul menyentap hati Samsul dan Indra. Mereka antara ikhwah yang amat susah untuk menziarahi ikhwah yang lain apatah lagi mengambil berat.

Benarlah. Inilah pelangi dalam dakwah.

Kadangkala kita perasan, hanya murabbi saja yang sering mengambil berat akan hal anak usrahnya. Tapi, nak harap anak usrahnya mengambil berat akan murabbinya?. Amat jarang sekali. Ini adalah penyakit yang melanda dalam tarbiah, sedangkan dalam bab mengambil berat, ia perlu saling. Murabbi mutarabbi, mutarabbi murabbi. Itulah flownya.

Kita sebagai anak usrah ni kadangkala syok sendiri. Seronok sebab murabbi ambil berat kat dia, tapi dia tak tahu bahawa tarbiah mengajar anak usrah juga harus ambil berat akan murabbinya. Anak usrah juga harus tegur murabbi jika ada silap yang murabbi buat. Anak usrah juga harus menjadikan murabbi sebagai ayah dalam hidupnya.

Murabbi dan anak usrah.


Harus saling mencintai. Harus saling membantu. Harus saling mencintai. Harus saling bekerjasama. Harus saling berpimpin tangan menuju syurg-NYA. Ameen Ya Robbal ‘Alaameen.

*Maafkan kami murabbi andai kami tidak seperti yang kamu impikan.

_________________________________________________

[Page FB: https://www.facebook.com/AkuSeorangKhalifah/]

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

"Ukhuwwah itu indah!"

Self-reflection buat Sang Daie Tarbawi.