Tersalah Menduakan Cinta
Seperti
biasa.
“Piyan,
lepas isyak’ jom teman aku pi cafe.”
Azman
meminta Sufian untuk menemaninya. Sufian baru saja lepas bagi salam solat sunat
ba’diyah isyak. Azman memang begitu. Suka sangat ajak Sufian. Tak bagi
‘privacy’ langsung.
“Yela
man, kalau bukan kau ni kaki surau, dah lama aku pandang ajakan kau sebelah
mata. Kau tahu kan aku, tak minat keluar malam-malam bro. Mak aku tak ajar aku
masa aku sekolah menengah dulu.” jelas pendirian Sufian.
Malam
itu suasana tenang. Ditemani hawa malam yang terasa bahangnya. Baru siang tadi,
Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas akan berlanjutan hingga tengah
tahun. Ujian Allah. Sekali Allah nak turunkan ujian, tidak ada satu kudrat pun
yang mampu halang. Tuhan itu Maalik. Yang menguasai sesuatu secara mutlak.
“Hah
Man, dah sampai. Ko nak pergi kedai mana. Cepat sikit. Aku tak suka kat sini.
Ramai orang. longgar iman aku nanti. Pakaian sorang-sorang macam nak cepat ke
Neraka je.” rungut Sufian.
DUSHHHH.
Satu
tumbukan maut tepat ke biceps Sufian. Mulut celupar sangat!. Dah la
cakap di celah-celah orang ramai. Entah-entah ada yang terasa dengan kata-kata
Sufian yang pedas sepedas cili api.
“Hoi
Piyan, kau dah kenapa haaa. Ramai orang ni. By the way, who are you nak judge
orang ke Neraka atau tak. Itu kan kerja Tuhan. Tak baik cakap gitu bro. Mana
tahu satu hari nanti, depa berubah. Kita doakan depa.” bisik Azman.
“Huish Mannnnn. Tu,
tu, tu, tengok tu. Ini baru penyejuk di mata, penawar di hati. Haaaaaaahhhh.
Sejuk hati.”
Sufian memuncungkan
mulutnya ke arah sosok seorang wanita. Bertudung labuh. Wajahnya tidak jelas
kerana pandangannya ke bawah. Seorang yang menjaga pandangan. Langkahannya
cepat menuju ke surau. Pakaiannya tidak menampakkan bentuk tubuh cuma jubahnya
sedikit bercorak. Muslimah kontemporari, moden, elegan.
“Astaghfirullahhhhh.
Istighfar Sufian!.” bentak Azman.
Ketika wanita
bertudung labuh itu bersandar di koridor surau, mata Azman sempat melirik
sesaat ke arah wanita bertudung labuh itu.
“Subhanallah!.
Boleh tahan juga cantiknya!.” hati kecil Azman bersuara. Memuji ciptaan Tuhan.
Budak kolej bukan
tak kenal Azman siapa. Imam muda!. Budak kolej hampir hafal jenis minyak atar
Azman. Kasturi putih. Sebatu baunya. Pasangan yang ber’couple’ sambil pegang
tangan, bila nampak Azman lalu, terus melepaskan tangan mereka. Azman lalu,
takut. Dengan Allah tak takut?. Para jejaki sado yang berketul-ketul badannya,
terus tunduk tanda hormat bila Azman melintasi mereka. Makcik-makcik kat café
pun selalu bertegur sapa dengan dia.
Azman memang
contoh. Qudwah hasanah.
Namun entah
mengapa, sejak peristiwa itu, kehidupan Azman seolah-olah berputar 360 darjah.
Pandangan sekali saja, mampu menganjak hidupnya. Pandangan hanya sesaat, tapi
kesannya begitu mendalam. Mata redup si wanita bertudung labuh, berlegar dalam
ingatan Azman. Seolah-olah, sudah dihafal bentuk mata wanita itu. Panahan
syaitan.
Keesokannya,
selepas Subuh, Azman tidak terus pulang ke bilik. Dia duduk-duduk di ruang
solat, sambil menunggu semua jamaah keluar. Dia ada agenda pagi itu. Agenda
tersembunyi. Tak boleh diketahui orang. Hilang respek nanti. Setelah 5 minit
berlalu, barulah kosong ruang solat surau.
Azman terus meluru
ke papan kenyataan. Carta organisasi surau.
“Timbalan surauuuu,
bukan. Bendahariiiiii, bukan. Setiausahaaaa, bukan. Hmmmm, hah!. ni dia, Exco Hal
Ehwal Muslimat!.” jari telunjuk tepat ke gambar wanita berpurdah itu.
Sabda Nabi:
“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran darah. Sesungguhnya aku bimbang ia melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati kalian berdua.(HR Muslim)
Cepat
masa berlalu. Syaitan memang pandai cari peluang untuk menghasut seorang
muslim. Hatta, yang kuat agama pun tak terlepas dari hasutan syaitan. Jangan
sangka yang selalu pakai kopiah, yang selalu pakai purdah, syaitan tak akan hasut.
Merekalah antara golongan yang akan diuji dengan kuat.
“Salam
alaik Harris, enta nampak tak file ungu atas meja ana?.” whatsapp dihantar ke
Harris. Ahli jawatankuasa yang diamanahkan untuk jaga kebajikan semua ajk dan
ahli jemaah surau.
“Wsalam,
ya akhi, ada dalam laci almari baju dalam bilik imam tu. Enta cuba cari kat
situ.” whatsapp dibalas tanpa rasa curiga. Harris yakin dengan Azman. Orang
kuat agama tu!.
Bertemankan
bunyi kipas yang sedikit bising yang dibantu oleh angin luar yang bertiup. Tingkap
memang akan selalu dibuka, kalau tidak, tak sampai lima minit dah berpeluh.
Sekali-skala bunyi bising pelajar yang rancak buat studygroup. Entah study,
entah tidak. Banyak berborak bunyinya.
File
ungu dicapai. Jari-jemari laju membelek ke bahagian Jawatankuasa Surau.
“Nama:
Qistina Al-Humaira’ binti Abu Handzolah
Jawatan:
Exco Hal Ehwal Muslimat
No
Telefon: 014-5313211”
“Ouhhhh, lepasan Kulliah Al-Lughah
Waddin rupanya dia. Mesti mantap ilmu agama ni berbekalkan ilmu-ilmu STAM di
dada.” bisik Azman sendirian. Tanpa dia sedari dengan jelas, hatinya
seolah-olah sedang berbunga-bunga sakura. Boleh jadi muslimat yang bernama
Qistina itu menepati ciri-ciri zaujah idamannya.
ASUS Zenfone 2 dicapai dari dalam poket
seluarnya belah kanan.
“Clickk.” Azman sempat mengambil gambar
biodata Exco Hal Ehwal Muslimat itu.
Entah betul, entah tidak tindakan Azman
itu. Dia tidak kisah, yang penting dia ada objektif yang ingin dicapai. Ingin
menjadikan Qistina sebagai isteri. Masa membelek biodata Qistina, sudah terbayang-bayang
difikiran dia, sedang bermain-main dengan anaknya bersama Qistina. Fikirannya
terbang jauh ke gerbang perkahwinan!.
Keesokan malamnya.
Tanpa berfikir panjang pesanan ringkas
dihantar melalui telefon tangannya.
“Assalamualaikum ukht, kaifa haluk?.
Ana Azman. Salah seorang AJK surau. Ana direct saja. Ana bercadang nak jadikan
ukht sebagai isteri dan dimulai dengan taaruf ringkas.”
Lama Azman menunggu maklum balas dari
Qistina. Sangkaannya meleset. Dia ingat malam itu juga Qistina membalas pesanan
ringkasnya, rupa-rupanya Subuh esok. Azman menaruh harapan yang tinggi pada
Qistina, tanpa memikirkan sama ada langkahnya tepat atau tidak. Benarlah kata
orang, cinta itu buta. Terkadang buta pada langkah hikmah mengikut syara’.
“Waalaikumussalam,
Seorang hamba yang dalam hatinya ada cinta Allah, segala tindak-tanduknya, dia akan fikir redha Allah dan mengenepikan nafsu.
Seorang lelaki yang ikhlas ingin memiliki seorang wanita kerana Allah, dia tidak mudah cemari langkah memiliki dengan cara yang tidak benar.
Seorang pemuda yang benar-benar ditarbiyah, dia menjaga hatinya dari segala dosa yang tidak terlihat.
Wassalam.” balas Qistina.
Azman tidak menyangka itulah bahan
bacaannya lepas Subuh itu. Pedih. Menikam ulu hati. Mesej yang menyedarkan
Azman dari khayalannya, dari mimpinya untuk memiliki Qistina. ASUS Zenfone 2
miliknya ditatap lama.
“Ikhwah, kita dalam organisasi kena
jaga ikhtilat!. Bimbang kita susah nak dapat redha Allah. Hati kena jaga.
Jangan mudah tunduk kepada wanita kerana boleh jadi wanita akan menyebabkan
antum futur. Kita mungkin tak dapat nak fikir macam mana boleh futur, tapi
percayalah syaitan ada infiniti cara untuk jatuhkan kita!.”
Itulah pesanan suatu ketika dulu kepada
ikhwah. Azman teringat. Saat itu dia bersama ikhwah sedang berehlah di pantai.
Objektif petang itu ingin memberi peringatan tentang penyucian jiwa. Ikhwah
waktu itu diserang macam-macam gejala penyakit hati yang jika tidak ditegur
awal, bimbang ia jadi barah dan mengakar dalam hati. Indahnya saat itu.
Dia baru tersedar rupanya Allah sedang
mengujinya dengan kata-katanya sendiri. Dia sentiasa pesan kepada ikhwah akan
masalah hati, rupanya dia sendiri kecundang dengan ujian itu. Itulah hakikat
seorang daie, seorang murabbi, seorang ikhwah. Ujian yang datang seperti
cendawan yang tumbuh selepas hujan.
“Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.(As-Saff:3)”
“Astaghfirullahal azim.” sambil menyapu
mukanya. Sekali-skala digosok mata yang sedikit berkaca.
Teringat akan ayat ini, Azman
beristighfar panjang. Rasa bersalah dengan Allah. Benarlah ujian hati boleh
datang bila-bila masa. Mesej Qistina benar-benar mengetuk hatinya dari lamunan.
Kini, dia tidak kisah Qistina tidak menjadi miliknya asal Allah sudi menerima
cintanya. Khayalan itu suatu yang sukar dicapai sedangkan kenyataan ini sangat
dekat dengan kita.
“Man, ada surat untuk kau.” Sufian
menghulurkan satu sampul surat putih. Isinya keras seperti kad. Hujung sampul
sebelah kiri tertulis Walimatul Urus.
“Huish, sape pulak yang nak menikah ni.
Tengah belajar pun nak menikah ke.” bebel depan Sufian sambil-sambil buka
sampul.
“GUlpppp.
Jemputan ke Walimatul Urus, menyatu
pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih,
Qistina Al-Humaira’ binti Abu Handzolah
dengan Muhammad Amirul Furqan bin Badrol Raef.”
“Alhamdulillah, moga kalian berbahagia
hingga akhirnya.” bisik hati Azman. Tidak ada pun sedikit kekesalan dalam
hatinya kerana tidak memiliki Qistina. Cukuplah baginya, mesej Qistina yang
menunjukinya jalan penyesalan.
Comments