Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'



Tarbiah.
Bagi manusia biasa, ia memang pelik.
Apa tarbiah-tarbiah ni, makcik Biah ke?. Ke biah solehah?. Hoho.
Ikut lah nak tafsir apa pun. Bab tafsiran, memang macam-macam kan?.
Orang luar yang melihat mereka yang ikut tarbiah usrah segala macam ni, mesti akan fikir macam-macam.
Ekstrimis lah.
Radikal lah.
Ajaran sesat lah.
Mana tidaknya, asal hujung minggu je, bawak beg besar-besar. Entah apa ada dalam beg tu. Padahal nak pergi mukhayyam je pun.
Memang,
Kalau ikut kata nafsu, memang tak hengen pon nak join tarbiah ni. Tapi, bila tanya iman yang tersemat di dada, dia kata, cuba dulu. Mana lah tahu, ada aktiviti menarik ke.
Tarbiah ini, seandainya mereka mengerti, ia benar-benar semanis coklat.
Kadang kamu sendiri tidak menyangka bahawa dalam berjuta manusia di muka bumi, lalu kamu terpilih menjadi hamba pilihan Allah untuk mengecapi nikmat terindah dalam tarbiah.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar erti kasih sayang dalam ukhuwwah. Ukhuwwah yang bukan sekadar pada laungan, tapi lebih praktikal. Saat ada ikhwah/akhowat memerlukan kita, saat itu kita bersegera membantu. Saat ikhwah/akhowat dilanda masalah hidup, saat itu kita yang pertama hadir meringankan bebannya. Manisnya.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar betapa indahnya menjadi seorang al-akh/al-ukht yang Rabbani. Jiwanya dekat dengan Tuhan. Mutabaah amalnya sentiasa terjaga. Bila ada mutabaah yang terlepas pandang, lantas hati merasa gelisah. Bila ada anggota yang terbuat kesalahan, jiwa segera rasa bersalah. Lalu, segera meminta ampun dariNYA. Manisnya.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar hakikat kasih sayang seorang murabbi kepada anak usrahnya. Anak usrahnya dilihat saling tak tumpah seperti anak sendiri. Kebajikan anak usrah tidak pernah diabaikan. Sering menjaga hak-hak mereka baik pada perkara dunia, apatah lagi perkara akhirat. Sekiranya, tidak bertemu anak usrah sekali seminggu, hati merasa tidak tenang. Gelisah. Risau entah apa yang berlaku kepada anak usrahnya. Manisnya.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar hak-hak menyantuni ibubapa di kampung. Kita sering diperingatkan murabbi, “tarbiah tarbiah juga, ibubapa jangan lupa!.”. Ya, tanpa mereka, siapa lah kita. Indahnya tarbiah ini bukan sekadar dirasai oleh kelompok kita saja, tapi seharusnya ibubapa kita juga merasai kesannya walau sedikit. Paling minima, mereka tahu kegiatan kita, meredhai lalu mendoakan kita. Agar dakwah sampai kepada mereka. Manisnya.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar betapa besarnya pengorbanan seorang murabbi yang tidak terlihat oleh kita. Murabbi kita, entah berapa jam saja dia tidur. Entah apa yang bermain di fikiran dia demi membina ciri-ciri peribadi muslim dalam diri kita. Betapa sabarnya murabbi kita melayani kerenah kita. Entah berapa banyak kali tangannya diangkat bermohon pada Allah agar ditsabatkan kita semua. Manisnya.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar bahawa menginfaqkan masa, tenaga, harta dan jiwa adalah hal yang paling utama. Walau kita infaq banyak benda, tapi kita sedikit pun tidak pernah merasa rugi sebab kita tahu ia akan memudahkan urusan akhirat kita sekaligus memudahkan jalan ke Jannah sana. Manisnya.
Dari kemanisan tarbiah ini,
kita belajar erti disiplin dalam segenap hal. Jika ada arahan murabbi, kita turuti. Kerana kita faham, arahan yang diberikan pasti ada manfaatnya untuk dakwah. Apatah lagi disiplin bab masa. Bila usrah mula jam 9, maka 10 minit sebelum mula kita sudah bersiap siaga fizikal dan mental untuk berjihad di medan usrah. Manisnya.
Allahu akbar.
Tidak mampu saya menukilkan satu persatu kemanisan tarbiah ini. Semanis-manis cokelat ‘Vochelle’ dan ‘Tudor Gold’ ini, manis lagi tarbiah ini. Sering saya katakana, terlalu banyak kemanisan yang tidak mampu dinukilkan melalui mata pena atau mata papan kekunci.
Seandainya saya ada mesin membuat coklat, teringin juga saya letak coklat bernama ‘Tarbiah” lalu hadiahkan kepada para ikhwah/akhowat serta mutarabbi tercinta.
Dalam tarbiah, kita mengharapkan ia sebaik-baik tempat buat kita di sisi Allah.
“ Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat “ (Al-Mu’minun: 29)

Tarbiah Semanis ‘Milk Chocolate’!
#taujihatjiwa

Comments

Popular posts from this blog

"Ukhuwwah itu indah!"

Self-reflection buat Sang Daie Tarbawi.