Posts

Showing posts from October, 2015

Akhir: Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 5.0

Image
Jam menunjukkan hampir jam 11.30 malam. Rutinnya, waktu ini adalah waktu abang Saif bersiap-siap untuk solat witir dan membaca Al-Mulk sebelum tidur. Ini rutin hariannya. Sentiasa allocate masa untuk berinteraksi dengan Allah. Waktu itulah masa yang paling berharga jika nak dibandingkan dengan waktu pergi ke kuliah yang penuh dengan hiruk-pikuk pelajar yang berlumba-lumba mengejar kejayaan dunia. Abang Saif terus meluru ke bilik Irham. Tingkahnya hikmah. Langkahnya tenang. Itu memang sifat Abang Saif.             “Tokkk. Tokkk. Tokkk.” Pintu bilik Irham diketuk secara manual. Maklumlah, asrama. Mana ada bell.             “Oh, abang Saif, masuklah. Buat macam bilik sendiri. Hehe. Abang dari mana tadi?. Sori la ganggu waktu tidur abang. Huhu” rasa bersalah. Air Indocafe panas dibancuh untuk insan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri itu.   ...

Self-reflection buat Sang Daie Tarbawi.

Image
Credit to sources Alhamdulillah. Ada nikmat yang jarang kita syukuri. Ada nikmat yang sering kita kufuri. Itulah hakikat menjadi seorang manusia. Ada sisi dilihat hebat oleh orang lain, ada sisi nampak jelas cacat celanya. Pengampunan siapa lagi yang kita dambakan selain Allah?. Ada saat dan ketika terkenang pada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. Bila terkenang, lalu perjalanan sirah baginda bermain-main di fikiran. Betapa sungguh baginda manusia teragung. Diutus oleh Rabbnya bukan untuk membangunkan bangunan yang tinggi, bukan untuk mengejar jawatan-jawatan besar, bukan untuk mengutip kekayaan dunia, Diutus Ar-Rasul hanya untuk menyampaikan seuntai risalah suci. Risalah yang tidak mampu lagi dipikul oleh gunung-ganang. Namun, Allah lebih mengetahui hakikatnya. Lalu Rasulullah dilantik bagi memikul risalah itu. Bermula dengan sebuah tarbiah. Rasulullah menapaki Kota Mekah. Men tajmik (mengumpul) para sahabat Ridhwanullah. Berpusat di r...

Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 4.0

Image
*******             “Ha Irham, sila sila. Jangan segan-segan. Semua ni sama umur je dengan Irham,” ujar Abang Saif sambil menunjuk-nunjuk kepada ahli yang lain.             “Baik bang.” Balas Irham sambil mengambil tempat duduk di selang dua orang dari abang Saif. Pertemuan(baca: liqo’ ) itu berjalan dengan lancar sekali. Sekali-skala angin kuat bertiup di tepi tingkap. Bunyi siulan kadangkala kedengaran tanda angin sedang bertiup kuat. Maklumlah, universiti tepi pantai. Abang Saif melihat satu-persatu wajah anak usrahnya itu. Bukan melihat tanpa perasaan seperti melihat tiang lampu tepi jalan, tapi itu penglihatan penuh chenta. Di sudut hati abang Saif paling dalam, memang ingin mereka ini menjadi pewaris dakwah. Murabbi. Mujahid. Abang Saif mengambil mushaf Al-Quran di atas begnya lalu memulakan liqo’ nya itu.        ...