Self-reflection buat Sang Daie Tarbawi.
Credit to sources |
Alhamdulillah.
Ada
nikmat yang jarang kita syukuri.
Ada
nikmat yang sering kita kufuri.
Itulah
hakikat menjadi seorang manusia.
Ada
sisi dilihat hebat oleh orang lain, ada sisi nampak jelas cacat celanya.
Pengampunan
siapa lagi yang kita dambakan selain Allah?.
Ada
saat dan ketika terkenang pada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w.
Bila
terkenang, lalu perjalanan sirah baginda bermain-main di fikiran.
Betapa
sungguh baginda manusia teragung.
Diutus
oleh Rabbnya bukan untuk membangunkan bangunan yang tinggi, bukan untuk
mengejar jawatan-jawatan besar, bukan untuk mengutip kekayaan dunia,
Diutus
Ar-Rasul hanya untuk menyampaikan seuntai risalah suci.
Risalah
yang tidak mampu lagi dipikul oleh gunung-ganang.
Namun,
Allah lebih mengetahui hakikatnya.
Lalu
Rasulullah dilantik bagi memikul risalah itu.
Bermula
dengan sebuah tarbiah.
Rasulullah
menapaki Kota Mekah.
Mentajmik(mengumpul)
para sahabat Ridhwanullah.
Berpusat
di rumah Al-Arqam.
Lalu
kalam cinta Allah diajar satu-persatu.
Para
sahabat terpegun.
Tersentuh
hati mereka dengan ayat yang indah itu.
Bermulalah
titik tolak perubahan para sahabat.
Meninggalkan
jahiliyah yang bersarang lama.
Benarlah,
ayat Allah mampu meruntuhkan empayar jahiliyah yang bersarang lama dalam hati
sahabat.
Beginilah
jalan dakwah dimulai.
Dicaci,
dihina, diejek, dibaling batu, disiksa malah dibunuh.
Tetapi
Syurga terbentang di hadapan mata para sahabat.
Ujian
fizikal dilihat kecil bagi mereka yang merindui syurga.
Mereka
berhijrah ke sana, ke mari.
Menjadi
pendokong ajaran Rasulullah.
Meski
mereka mengerti apa akibat yang bakal menimpa mereka.
Tapi
itulah semangat yang ada pada mereka.
Kerana
syurga!.
Itulah
tumuhat yang terpasak dalam dada mereka.
Bagaimana
KITA?.
Bagaimana
kalian ikhwah/akhowat?.
Setelah
jalan dakwah kita lalui sejak alam universiti.
Atau
mungkin ada yang lebih awal menyertainya sejak zaman persekolahan.
Sejauh
mana jalan ini kita imani?.
Kita
sering menghadiri liqo’ mingguan,
daurah, mukhayyam, rehlah, riadhah, nadwah, mabit, katibah.
Inilah
wasilah tarbiah kita.
Inilah
aktiviti yang tertulis dalam takwim dakwah kita.
Pernah
atau tidak kita duduk, beriman dan bermuhasabah sejenak.
Seserius
mana kita bersama ikhwah/akhowat dalam melaksanakan wasilah ini?.
Ya,
seserius mana?.
Kita
mengaku kita adalah gerakan yang mementingkan tarbiah.
Tapi,
mengapa kita sering tidak jujur dalam jalan ini?.
Meletakkan
wasilah dalam takwim dakwah, namun jauh sekali dari menjayakannya.
Kemudian
kita mengharapkan kemenangan dakwah.
Ada
tertuliskah formula yang sebegitu mudah dalam sirah dakwah Ar-Rasul?.
Kita
mengharapkan kemenangan jalan mudah hasil dari bermudah-mudah?.
Ah,
begitu manjanya kita.
Terasa
jauh sekali kita dari para sahabat dan tabi’in.
Ibnu
Al-Jauzi.
Seorang
ulama’ yang penting dalam membangunkan Kota Baghdad.
Beliau
bertanya kepada para pemuda:-
“Langkah
pertama di jalan ini ialah pengorbanan jiwa. Ini adalah serius dan tidak
main-main!. Siapakah yang hendak melaluinya?”.
Renunglah
diri kita dalam-dalam.
Sudah
seluruh jiwa kita serahkan untuk jalan ini?.
Kita
ini terlalu manja.
Terlalu
suka perkara yang mudah-mudah dalam dakwah.
Kita
kata,
update
status
dakwah di Facebook, itulah dakwah sebenar!.
Upload
gambar yang ada quotes ayat Al-Quran, itulah dakwah sebenar!.
Edar
flyers islami, itulah dakwah sebenar!.
Gantung
banner islami, itulah dakwah sebenar!.
Buat
program Islam besar-besaran, itulah dakwah sebenar!.
Dan
pernah tak kita terfikir.
Itu
semua, orang yang tidak mengikuti tarbiah juga mampu melakukannya.
Cukup
nampak islamik saja pun sudah cukup untuk berbuat semua itu.
Tapi
kita yang mengikuti tarbiah ini, cukupkah sekadar itu?.
Di
mana pengorbanan jiwa kita?.
Sudahkah
kita turun ke medan untuk mentajmik manusia?.
Sudahkah
kita membina sekelompok manusia yang ingin melihat kejayaan Islam?.
Sekuat
mana “follow-up” kita?.
Berapa
kali kita ber’mu’ayyasyah’ dengan mereka?.
Bagaimana
mutaba’ah amal mereka?
Sudahkah
kita menyusun takwim wasilah demi mentarbiah mereka?.
Sekuat
mana kita mendengar masalah mereka?.
Sekuat
mana kita membina soft-skill mereka bersama kelompok yang ada?.
Kita
ada masalah pada jiwa kita, pada fikrah kita.
Kita
hanya mahu berdakwah gaya mudah kepada semua orang.
Tapi
tidak mahu mentarbiah mereka.
Kerana
di sudut hati kita paling dalam mengatakan tarbiah ini mencabar.
Lalu
kita mengambil keputusan untuk tidak buat kerja mentarbiah.
Alangkah
rugi dan malangnya kita.
Allah
bagi banyak nikmat kepada kita tapi kita hanya persembahkan yang ala kadar
saja.
Tak
mahu bersusah-payah untuk agama Allah.
Ketahuilah
kita semua.
Dakwah
ini tidak akan tertegak oleh tangan-tangan mereka yang culas dan manja.
Ia
tertegak oleh tangan-tangan mereka yang menyerahkan diri secara total untuk
Allah dan dakwah ini.
-TaujihatJiwa-
111015.
Comments