Akhir: Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 5.0
Jam
menunjukkan hampir jam 11.30 malam. Rutinnya, waktu ini adalah waktu abang Saif
bersiap-siap untuk solat witir dan membaca Al-Mulk sebelum tidur. Ini rutin
hariannya. Sentiasa allocate masa untuk berinteraksi dengan Allah. Waktu
itulah masa yang paling berharga jika nak dibandingkan dengan waktu pergi ke
kuliah yang penuh dengan hiruk-pikuk pelajar yang berlumba-lumba mengejar
kejayaan dunia.
Abang
Saif terus meluru ke bilik Irham. Tingkahnya hikmah. Langkahnya tenang. Itu
memang sifat Abang Saif.
“Tokkk. Tokkk. Tokkk.”
Pintu
bilik Irham diketuk secara manual. Maklumlah, asrama. Mana ada bell.
“Oh, abang Saif, masuklah. Buat
macam bilik sendiri. Hehe. Abang dari mana tadi?. Sori la ganggu waktu tidur
abang. Huhu” rasa bersalah.
Air
Indocafe panas dibancuh untuk insan yang sudah dianggap seperti keluarga
sendiri itu.
“Tak apa lah Irham. Abang ok aje.
Kamu ni ok ke?. Abang dapat bau-bau macam orang ada masalah je. Riak muka macam
tak ada masalah. Tapi aura ni sangat negatif.”
Abang
Saif bijak menafsir keadaan.
“Hebat abang. Dapat tau saya ada
masalah. Bagi saya macam besar. Tapi,tak tahu lah bagi abang besar atau tak.
Tapi, harap abang dapat bantu saya. Pimpin saya.” tertunduk seketika.
“Inshaa Allah, no hal lah tu. Small
matter my bro. Lek lek luuuu. Cerita lah apa masalahnya.”
Abang
Saif cuba mensantaikan keadaan. Tidak mahu ada sesi mengeluarkan air mata di
awal pertemuan. Kalau tumpah di akhir pertemuan, ok lagi.
“Errr, macam mana nak mula eh.
Hmmmm, macam ni bang. Entah lah bang. Sejak akhir-akhir ni jiwa rasa kosong.
Rasa macam buat apa je rasa tak kena je. Rasa tak tenang. Entah lah. Saya tahu
saya ni boleh dikategorikan jahil agama. Lihat je la apa yang saya dah buat
dulu.” luah Irham.
Abang
Saif kelihatan tenang. Baginya, ini bukan first time. Ini entah kali ke
berapa dah dengar aduan macam ni. Budak-budak yang ada masalah, ramai yang akan
cari abang Saif. Hebat auranya. Sekali-skala abang Saif rasa macam bekerja di
pusat aduan masalah pula.
“Oh, yer. Apa yang kamu buat dulu?.”
Abang
Saif menduga sambil menghirup air Indocafe yang masih panas itu. Manis!.
Semanis ukhuwah di jalan dakwah.
“Macam ni bang. Lepas habis SPM,
saya ada kenal seorang gadis. Masa tu saya kerja di 7 Eleven. Gadis tu pun
kerja tempat yang sama dengan saya. So, dari situ lah kami berkenalan.
Mula-mula kenal biasa jela. Pastu hari makin hari, bulan makin bulan, terbit rasa
suka pada dia.”
“Ohhhhhh, fall in LOVE lah ni
eh?. Alahhhh, biasa lah tu. Suka tak salah, tapi ada batasannya. Allah
dan sebut dalam Surah Al-Israa’:32.
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32 ).”
Itu
syarat dia. Macam mana nak elak kita mendekati zina dengan wanita yang kita
suka tu?. Kahwin lah. Kalau tak nak kahwin?. Alamatnya musibah lah. Kompem akan
lalui jalan-jalan menuju zina tu.”
Irham
terus tertunduk. Kini air matanya tidak tertahan lagi. Hampir 0.5 sentimeter
kubik memenuhi kelopak mata. Berjujuran.
“Tapi bang, saya dah terlanggar
jalan tu. Saya kotor!. Saya tak suci!. Saya dah berzina!. Teruk bang!. Saya dah
buat dosa besar!. Mula saya berkenalan biasa, kemudian saya ajak dia keluar dan
akhirnya satu dosa besar yang saya buat!.” suara tangisan mula kedengaran.
Semakin kuat.
Abang
Saif sedikit tenang. Walaupun dalam hati abang Saif agak terkejut dan
tersentak, namun hikmahnya menenangkan dia.
“Ahhhhhh, sedangkan Saiyidina Umar
yang penuh dengan jahiliyah tu pun Allah ampunkan, apatah lagi kita.” bisik
hati abang Saif.
“Rasulullah pernah bersabda:
”Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut.(HR Tarmizi)."
Lihat
tu Ham. Bertaubatlah. Di zaman Rasulullah ada juga lelaki yang berzina.
Laki-laki itu berjumpa dengan Rasulullah, meminta agar Rasulullah menghukumnya.
Ternyata dia dihukum tapi yang penting Allah telah mengampuninya saat dia
bertaubat.
“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebaikkan,Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat” (Al-Furqan : 70-71).”
Kamu masih ada
peluang. Bertaubatlah. Berjanji pada Allah tidak akan mengulanginya lagi.
Taubat nasuha!.” abang Saif optimis.
“Tapi bang, macam mana caranya?.” air
mata yang tadinya berguguran, dikesat dengan telapak tangannya.
Air Indocafe
abang Saif dah sampai suku cawan. Sikit lagi mahu habis. Memang abang Saif dah
jangka, habis saja air, maka habislah sesi malam itu.
Abang Saif
memulakan tips untuk bertaubat dengan dua potong hadis.
“Dari Abu Bakar radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda : Tidaklah seorang lelaki itu yang melakukan dosa kemudianya bangun dan membersihkan diri (berwudhuk) kemudian bersolat (solat taubat dua rakaat) kemudianya meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan akan diampunkan Allah baginya(HR Tarmizi dan Imam Abu Daud).”
“Sesungguhnya perumpamaan orang yang melakukan kejahatan-kejahatan kemudianya melakukan kebaikkan-kebaikkan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit,sehingga mencekiknya,kemudianya apabila dia membuat amalan kebaikkan maka terbukalah suatu lubang,kemudian dia melakukan kebaikkan yang lain dan terbukalah lubang yang lain sehinggalah terbuka kesemuanya dan jatuh ke atas tanah.”(HR Imam At-Thobrani).”
Hah, kamu pernah
dengar hadis tu?. Hadis tu ada cerita cara bagaimana nak bertaubat. Nak insaf.
Ok, ambik kertas dan catat.” abang Saif mengarah.
Irham meluru ke
almari lalu diambilnya kertas bercorak Winnie The Pooh berserta pen
warna hitam berdakwat cair.
“Ok.
Pertama: Bersihkan diri.
Berwudhuk
Kedua: Solat sunat
taubat dua rakaat. Tak tahu, google. Hehe
Ketiga: Istighfar dan
mohon ampun kepada Allah dengan sungguh-sungguh(mood:serius)
Keempat: Haaa, ini yang
paling penting. Take note betul-betul. Iringi kejahatan dengan kebaikan
dan amal soleh. Bukan maksudnya, kita boleh buat dosa, kemudian taubatlah. Buat
dosa, kemudian taubat. Bukannnn!. Tapi, Rasulullah suruh kita buat amal soleh,
supaya kejahatan yang lalu, terhapus.
Dapat ke Irham?.
Kalau tak dapat, abang ulang sekali lagi. Kalau nak record pakai Asus
Zenfone 2 kamu tu pun ok. Hehe.” abang Saif bergurau. Nampak jelas
kasih-sayangnya kepada Irham.
“Alhamdulillah. Dapat bang. Saya
perlu sangat support dari abang.” Irham memegang kedua belah tangan
abang Saif. Matanya mula berkaca.
Ok. Saatnya
sudah tiba. Abang Saif harus berterus-terang. Tidak berniat mahu buat sinetron
yang banyak episodnya. Air Indocafe dihirup buat kali terakhirnya. Ada kejutan
buat Irham.
Abang Saif
bangun lalu memeluk Irham.
“Ok. Disebabkan kamu bersungguh nak
berubah, abang akan bantu kamu. Abang akan tarbiah kamu. Kamu harus janji
dengan Allah yang kamu tidak akan mengkufuri nikmat ini. Nikmat tarbiah!. Kamu
harus janji dengan Allah yang kamu akan menjadi seorang individu muslim yang
sejati di sisi DIA. Boleh?.” air mata keikhwahan abang Saif mula berguguran.
“Inshaa Allah bang. Saya janji!.
Saya optimis!.” Irham semangat.
Sambil kedua-dua
belah tangan abang Saif memegang bahu Irham, matanya merenung Irham.
“Irham, sudikah Irham jadi anak
usrah abang?. Abang akan jadi murabbi Irham. Pendidik!. Yang sudi mendidikmu setulus hati.”
Pipi Irham mula blushing.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang. Inshaa Allah, saya sudi!.”
Lalu mereka
berpelukan ditemani air mata. Bermula saat itu, bermulalah fasa tarbiah dalam
diri Irham. Bermula dari perkenalan minggu orientasi, langsung membawanya ke
alam tarbiah. Indah. Manis.
“Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna. (Al-Anfal:24)”
*Berakhir sudah kisahnya. Moga ada manfaat buat anda. Moga anda juga ada saat-saat manis anda dalam tarbiah.
*Pengumuman: Cerita di atas berasaskan kisah benar yang berlaku pada admin. Cuma biasa lah kan. Ada la perencah-perencahnya untuk bagi cerita sedap. Mana boleh guna bawang merah dengan bawang putih je. Kena la letak garam+gula. Baru sedap masakan tu. Eheheh.
::TaujihatJiwa::
251015_PB
Comments