Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 4.0
*******
“Ha Irham, sila sila. Jangan
segan-segan. Semua ni sama umur je dengan Irham,” ujar Abang Saif sambil
menunjuk-nunjuk kepada ahli yang lain.
“Baik bang.” Balas Irham sambil
mengambil tempat duduk di selang dua orang dari abang Saif.
Pertemuan(baca:
liqo’) itu berjalan dengan lancar sekali. Sekali-skala angin kuat
bertiup di tepi tingkap. Bunyi siulan kadangkala kedengaran tanda angin sedang bertiup
kuat. Maklumlah, universiti tepi pantai. Abang Saif melihat satu-persatu wajah
anak usrahnya itu. Bukan melihat tanpa perasaan seperti melihat tiang lampu
tepi jalan, tapi itu penglihatan penuh chenta. Di sudut hati abang Saif
paling dalam, memang ingin mereka ini menjadi pewaris dakwah. Murabbi. Mujahid.
Abang
Saif mengambil mushaf Al-Quran di atas begnya lalu memulakan liqo’ nya
itu.
“Assalamualaikum warohmatullahi
wabarokatuh!. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah. Rabb kita. Malik
kita. Ilah kita. Kerana DIA sudi meminjamkan masa kepada kita untuk bertemu
pada petang ni. Pernah Rasulullah berbicara, “Barangsiapa yang menempuh
satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mudahkan baginya
jalan menuju syurga. (HR Muslim)”. Seperti itulah kita, sanggup
berkorban untuk mencari ilmu, lalu pasti Allah memudahkan segala perkara yang
akan memasukkan kita ke dalam syurga. Dalam satu hadis yang lain lagi,
Rasulullah memberi jaminan bahawa kita akan mendapat perlindungan Allah kelak.
Ya!, kepada kita yang berkumpul petang ni. Tapi ada syaratnya. Hadisnya,”Ada
tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di hari kiamat. Salah satu
antaranya ialah dua orang lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah lalu mereka
berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah”.
“Tapi bang, tu kan Rasulullah cakap
dua orang. Kita ni ramai. 7 orang”, Irham cuba minta penjelasan.
“Menarik persoalan tu. Kenapa
Rasulullah sebut dua orang je?. Tidak ramai?”, abang Saif bertanya kembali.
“Krik…….Krik….Krikkk(walaupun tiada
cengkerik dalam surau)”, semua menggelengkan kepala. Ada juga yang buat-buat
garu leher yang tidak gatal.
“Itulah hebat Rasulullah.
Berpandangan jauh dan berbicara tidak mengikut hawa nafsu. Rasulullah sebut dua
orang sebab nak beritahu kita yang walaupun hanya dua orang yang jumpa dan
saling berkasih sayang kerana Allah, itu pun berhak mendapat perlindungannya.
Apatah lagi kita yang ramai ni. Tapi ofkos lah, dengan syarat kerana
Allah. Lillahi Taala”, abang Saif cuba meyakinkan bahawa liqo’ mereka
itu dinilai oleh Allah.
Masa
sudah setengah jam berlalu. Abang Saif cuba menyusun perjalanan liqo’ nya agar
tidak melebihi satu jam. Abang Saif seorang murabbi yang hebat. Dia mengerti
akan sifat budak-budak yang baru nak berjinak dengan tarbiyah. Tidak boleh
terlalu lama kerana ia akan membosankan!.
“Ok. Inshaa Allah, boleh korang
semua buka Al-Quran masing-masing. Buka Surah Al-Baqarah ayat 30 dan Surah Adz-Dzariyat
ayat 56.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan
khalifah di muka bumi ini…….(Al-Baqarah:30)
“Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepada AKU.(Adz-Dzariyat:56)
Dua
ayat ini sedang berbicara kepada kita tentang mengapa kita dihidupkan atas muka
bumi ini. Ingat, setiap yang Allah jadikan atas bumi ini, bukan saja-saja tanpa
fungsinya. Setiap dari makhluk Allah, ada fungsinya.
“Robbana Ma Kholaqta haaza
Baathila…”Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan benda-benda(kejadian
yang ada di langit, bumi, siang, malam) ini dengan sia-sia.(Ali-Imran:191)”
Maksudnya
apa?. Allah jadikan kita ada fungsinya. Ada amanah. Apa dia?. Abang bagi cara
mudah ingat. Ingat nombor ni. 2:30, 51:56. Inilah tujuan hidup kita. Ada
baiknya kita sama-sama muhasabah, sejauh mana amanah kita dengan Allah sudah
tertunai?.
Solat
kita macam mana?.
Tilawah
Quran kita macam mana?.
Tahajud
kita macam mana?.
Penguasaan
kita akan sirah Nabi macam mana?.
Hadis
banyak mana dah kuasai?.
Puasa
sunat kita?.
Hafazan
Quran kita?.
Haaa.
Itu baru cakap pasal amanah dalam ibadah khusus serta ibadah yang kita sedia
maklum. Ha, macam mana pulak amanah dalam bab kekhalifahan?. Secara mudah
faham, khalifah itu bukanlah kita kena dapat jawatan tinggi-tinggi. Tapi, ia
lebih kepada membawa manusia dari jalan gelap kepada jalan cerah. Amanah kita
kepada manusia lain dan kepada Allah akhirnya.”, panjang lebar abang Saif
mengulas.
Abang Saif cuba meninggalkan beberapa
persoalan agar anak liqo’ nya itu berfikir. Abang Saif tidak berniat
untuk panjangkan lagi. Abang Saif boleh saja menjelaskan ayat itu secara harfiah(baca:
satu persatu). Cuma dia tidak mahu terlalu ilmiahkan perbincangan kerana
pada hematnya, sumbat semua benda dalam satu masa adalah tindakan yang tidak
bijak bagi seorang murabbi. Biarlah apa yang kita bagi itu berpadanan dengan
peribadi setiap anak liqo’.
“Alhamdulillah. Sampai sini saja
pertemuan kita. Perbaharui niat kita. Buat kerana Allah semuanya ya!. Kita
tangguh pertemuan kita dengan Kafaaratul Majlis dan Surah Al-Asr…….Allahumma
innaka ta’lamu…”, abang Saif mengakhiri pertemuan dengan bacaan doa robithoh.
*******
“Tingggggg….”, pesanan ringkas dari
Irham masuk di handset abang Saif.
“Assalam abang Saif, buat ape?. Mengganggu tak?. Boleh datang bilik
saya?. Saya nak berborak dengan abang jap”, Irham mencuba nasib kerana ada
sesuatu yang dia ingin luahkan kepada abang Saif. Abang Saif kini sudah ibarat ibu
bapanya di universiti.
~To Be Continued~
*Ada dah orang tanya cik TJ. Bila nak habis ceritanya! **pengsan
*cik TJ suka untuk mentarbiyah kalian agar bisa bersabar. Hehehehehe
*Ada dah orang tanya cik TJ. Bila nak habis ceritanya! **pengsan
*cik TJ suka untuk mentarbiyah kalian agar bisa bersabar. Hehehehehe
Comments