CERPEN: Ana Enti's Tarbawi Love.
Oh Tuhanku. |
“ Salam alaik enti. Apa
khabar?. Harap sihat lah yer!. Macam mana usrah hari ni?. Basah tak?. Hehe”
“ Alhamdulillah akhi Naeem. Ana baik-baik aje. Enta?.
Usrah?. Subhanallah!, menghidupkan ruh!. Enta mesti best kan. Dapt usrah dengan
murabbi hebat!.”
Naeem tersenyum-senyum
sambil membalas Telegram dari Syaqirah. Jari-jemari saling bergerak bersilangan
dengan laju menunjukkan Naeem sudah terlalu biasa berbalas-balas Telegram.
Ahhhhhh. Seperti tak
percaya saja akan apa yang berlaku di depan mata Yaseer sebentar tadi. Like
English people said, Cannot brain. Perbualan Telegram antara
Naeem, seorang akh yang dikasihinya dengan Syaqirah, wanita yang entah dari
ceruk rantau mana datangnya. Nak kata akhowat, aishhhh. Tidak mungkin akhowat.
Kerana akhowat tidak mungkin akan buat perkara yang dimungkiri Allah.
Bermesej-mesejan.
Cinta Islamik Ana Enti
Tarbawi?.
Inilah istilah yang
bermain di fikiran Yaseer. Tak percaya dia dibuatnya. Namun, dia sedar, dia
tidak boleh mengatakan itu semua mimpi di alam fantasi kerana dia juga faham
betapa orang yang ikut tarbiah juga manusia. Pasti diuji. Ada cacat celanya.
Ada silap yang dibuatnya. Kerana ada kelemahan lah, manusia ikut tarbiah.
Namun, di sebalik kefahaman itu, dia yakin bahawa tarbiah mampu mengubah
sejahat-jahat manusia kepada sebaik-baik manusia. Bahawa dengan tarbiah jualah yang
mengubah sahabat se’gangster’ Sayidina Umar dan Abu Dzar menjadi pejuang
Islam.
Hebatnya tarbiah!.
Semua berlaku seizin dari Allah.
“ Weiiih, ko mesej dengan sape tu?. Makcik Azizah ke?.
Mesej, senyum, mesej, senyum. Dah macam orang kemaruk bercinta.”
Yaseer sengaja memetik
nama emak Naeem walaupun dia tahu sesiapa saja walaupun orang itu ‘totok’
tarbiah, mereka pasti tak akan guna bahasa ‘ana enti’ dengan emak
sendiri. Tak akan!. Janggal kut!. Kalau ada pun, one in a million!.
Yaseer cuba bersangka baik dulu. Tak mahu mencetus pergaduhan kerana salah
sangka. Tabayyun. Selidiki.
“ Eh mana adaaaa. Ni haa, aku mesej dengan kawan lama aku
dari matrikulasi dulu. Dia sekarang belajar kat Institut Perguruan kat pantai
timur sana. Kawan biasa je kay. Ko jangan fikir bukan-bukan. Inshaa Allah, dia
budak baik jugak. Ikut usrah kot” sambil angkat kening kepada Yaseer.
Main angkat-angkat
kening, ingat Yaseer suka???. Pantang Yaseer orang ikut tarbiah tapi tak jaga ikhtilat(baca:pergaulan).
“ Elehhh, ye la tu kawan biasa. Hampir tiap malam aku
tengok kau menghadap henset sambil senyum. Itu bukan biasa lagi dah. Itu luar
biasa bhai. Aku tengok pun naik stress. Rasa nak hempuk je dengan cerek
elektronik ni” Yaseer bergurau dalam serius.
Malam itu berlalu
seperti biasa. Naeem tak habis-habis dengan smartphonenya, Yaseer pula
sedang cuba menghabiskan buku Tadzkiratun NAQIB tulisan Muhammad Ahmad
Ar-Rasyid yang baru saja dibelinya secara online. Terdetik di hati
Yaseer mahu mengorek cerita dari temannya itu. Yaseer tak senang duduk. Dia
pantang sekali kalau ada ikhwah yang mengaku ikut tarbiah tapi
bercintan-cintun-cintin dengan akhowat. Entah dari jemaah mana entah.
###
Petang
itu di padang bola. Yaseer dan Naeem baru saja lepas mengeluarkan peluh
bersama. Mereka memang gila bola. Sebut saja ada EPL(English Premier League),
terus menghadap depan televisyen. Kadang-kala, bola dijadikan modal untuk
ditadabbur oleh mereka. Yaseer pernah mentadabbur tentang bola semasa beriadhah
dengan junior baru. Dia meminta semua junior untuk memerhatikan bola di atas
padang.
Tiang
gol merupakan matlamat di mana di situ letaknya hati manusia. Bola itu seperti
risalah Islam. Pemain bola seperti pelaku yang akan membawa risalah. Bila
perlawanan berlangsung, pemain bola akan bekerjasama supaya risalah Islam ini
sampai kepada matlamatnya iaitu hati manusia. Tadabbur yang tak pernah difikir
oleh junior yang baru. Itu biasa. Junior, memang mereka jarang dapat fikir apa
yang orang ikut tarbiah fikir. Sebab itu, budak-budak usrah tarbiah ni Ghuraba’.
Cara fikir pun unik.
Sebelum
pulang ke bilik masing-masing, Yaseer dan Naeem melepak di tepi padang sambil
melihat kumpulan lain yang masih bermain di padang.
“ Eem, aku nak tanya ko ni. Ko fall
in love eh?. Ko couple eh?.
Aku tanya jangan marah. Siapa Syaqirah di hati ko?. Kawan biasa atau kekasih
sejati di hati?.”
Kali
ini Yaseer terpaksa bertanya soalan berani mati. Silap hari bulan, boleh jatuh
bom atom kat situ juga. Ahhh, alah bisa tegal biasa. Bukan pertama kali Yaseer
buat begitu. Sudah banyak kali, soalan berani mati yang ditanya olehnya kepada
teman sekuliahnya yang lain. Jujur orangnya.
“ Haddoiiiii ko ni. Suka jaga tepi kain pelikat aku kan.
Ko tak perlu lah susah-susah nak ambik tahu pasal aku. Aku dah besar, aku boleh
jaga diri aku. Ko jangan risau eh. Hishhh”, sedikit mendengus Naeem.
Naeem jelas tidak
selesa dengan soalan itu. Dia pantang kalau wujud atas muka bumi ni orang jenis
suka menyibuk. Sebelum ini, soalan macam itu pernah ditanya oleh rakan
sekuliahnya, lalu satu tumbukan padu tepat di dada dihadiahkan oleh Naeem
kepada rakan sekuliahnya itu. Azhar namanya. Dia tak sanggup memberikan ‘hadiah’
yang sama kepada Yaseer memandangkan Yaseer ini seorang ikhwah. Sekali-sekala,
ada rasa hormat pada Yaseer. Seorang yang lembut. Tidak kasar. Penyayang.
Haaaahhhh, kalau junior dah lama cair.
Yaseer mula curhat(baca:curahan
hati).
“ Naeem, asal kau tahu, aku mencintai kau kerana Allah.
Kau seorang ikhwah Naeem.
“Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan yang saling mengukuhkan satu dengan yang lain.” (HR. Bukhari Muslim).”
Itu hadis bro. Aku
bukan saja-saja nak jaga tepi kain pelikat kau yang berjenama ‘Gajah Duduk’
tu. Kau ingat aku suka sangat ke?. Tak Naeem. Kenapa aku jaga tepi kain kau
sebab aku cintakan kau. Aku tak nak satu hari nanti Allah buka aib kau depan
orang lain. Kau orang tarbiah. Kau tahu tak, impak kesalahan orang yang ikut
tarbiah ni lebih besar berbanding orang biasa.”
“ Maksud kau?.” Naeem ingin penjelasan.
“ Ok. Let me give an example. Aku ambil contoh couple.
Antara kau dan budak biasa bercouple. Budak biasa, kalau kantoi bercouple,
impak dia tak besar sangat sebab al-maklumlah, budak biasaaa. Amalan couple
tu kan biasa bagi budak biasa. Dah jadi budaya pulak aku tengok. Tapi, kau
IKHWAH, Naeem!. IKHWAHHH!. Seorang ikhwah bercouple dengan akhowat. Itu di
luar akal fikiran. Eishhhh, aku pulak geli sebut ikhwah couple dengan
akhowat ni.” sambil menggosok-gosok lengannya yang tak ada semut itu.
“ Laaaa, biasalah tu. Semua orang tahu ikhwah tu manusia.
Semua orang tahu budak ikut usrah tu bukan semuanya baik-baik.”
Naeem cuba memenangkan
dirinya. Terdetik di hatinya untuk berhujah dengan Yaseer. Dia tak kisah. Yang
penting, dia ingin terus berhubungan dengan Syaqirah. Ukhti berjiwa guru.
“ Astaghfirullah. Kau nak backup diri kau?. Kau
nak backup kesalahan kau?. Syaithon spesis apa yang dah menyelinap masuk
dalam hati kau ni?.
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(Al-Israa’:32)”
Aku yakin kau pernah
dengar ayat ni. Allah cakap jangan kau dekati zina. Dekat pun tak boleh, apatah
lagi buat kan?. Bila kau couple, kompem-kompem kau akan berubah banyak benda. Perasaan
kau lebih cenderung kepada ukhti tu. Asyik terbayang dalam solat. Guna suara
yang paling lembut bila bercakap. Main kejut-kejut tahajud. Saling bertukar
kata-kata nasihat. Sweet la konon. Akhirnya, hati cenderung untuk ajak dia
keluar.
Walaupun, kau pakai
kopiah, dia pakai tudung labuh tapi tu tak menjamin fitnah tak akan berlaku.
Bila bercouple, kau dah buka pintu untuk syaitan hasut kau gila-gila.
Paling teruk, sebelah kaki kau dah dalam ambang perzinaan. Kalau syaitan
berjaya hasut kau kuat sikit, dua-dua belah kaki kau dalam lembah zina.
Astaghfirullah. Rasulullah sebut, anggota kita ni semua terdedah kepada zina.
Bila couple, kompem kau dah zina hati. Hinanya kau di sisi Allah.” Yaseer
menasihati temannya itu.
“ Gulpppppppp…..”
Naeem menelan air liur.
Pertama kali dia lihat Yaseer begitu serius. Malu tidak terkata. Mahu saja dia
letak muka dia dalam bola yang bulat tu. Sama macam burung unta yang tanamkan
mukanya dalam tanah. Tak sangka petang-petang macam itu boleh keluar ayat
Al-Quran pula. Poyo.
“ Haaa, itu lah fungsi kau Yaseer. Tegur aku. Aku tengah
cuba lah ni nak berubah. Aku tahu tapi slow-slow lah. Tak boleh drastik
weyh. Tapi, aku sayang ukht tu. Dia lah cinta pandang pertama ana. Jumpa masa
program di matrikulasi dulu.”
Ego. Itu sifat dalam
diri Naeem. Sedar dirinya salah, tapi buat-buat macam tak bersalah. Ini semua
dek kerana penangan cinta seorang wanita. Dahsyat.
Yaseer meneruskan lagi
tugasnya membrainwash sahabat baiknya itu.
“ Naeem yang ku kasihi, ingat tak saat mula kita
sama-sama menyertai gerabak tarbiah ni?. Ikut usrah. Ingat lagi tak?. Ingat tak
apa yang kita ikrarkan bersama dalam daurah Ini Strategi Kami(baca:ISK).
Di rumah banglo 2 tingkat. Ingat tak?. Kita telah berjanji setia dalam satu
lembaran kertas. Kita tulis, ALLAH ghoyatuna(Allah tujuan kami). Kita berjanji
untuk bersungguh-sungguh melaksanakan dua tujuan hidup kita. Menjadi ‘abid dan
khalifah. Kita berjanji untuk bergerak bersama bagi mencapai matlamat Ustaziyatul
Alam. Ingat lagi tak?.”
“Allahhhhhhhh…(*iskkkkk, iskkkk)..”
Mula bergenangan air
mata Naeem di kelopak matanya. Agak lentik bulu mata Naeem. Esak tangis mula
kedengaran Mengingati saat-saat indah dalam tarbiah adalah salah satu rawatan.
Yaseer bijak memilih solusi. Yaseer mahu juga mengenangkan air mata tapi
sayang, air matanya tidak ingin keluar lagi. Bukan keras hati tapi sengaja tak
nak spoil mood.
“ Dan, kau ingat tak dalam pengisian Selamat Tinggal
Jahiliyah(baca:SJ), masa tu abang-abang mintak kita berpelukan, kemudian cakap
kat diri sendiri, “Aku akan tinggalkan jahiliyah aku” sebanyak tiga kali sambil
tepuk bahu. Ingat tak?. Waktu tu kau ingat tak apa jadi kepada semua peserta
termasuk kita?. Takde sorang pun yang tak menangis. Semua menangis. Itu
tandanya, semua peserta ada jahiliyah masing-masing.”
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (al- An’am: 112)
“Allahhh, maafkan aku. hamba-Mu ini telah tersalah
langkah. Telah menyisihkan cintaMU.” getus hati Naeem.
Bibit penyesalan mula
timbul dalam hatinya. Kali ini air mata Naeem tidak tertahan lagi. Dibiarkan
saja berguguran membasahi pipinya yang sedikit berjerawat itu. Lafaz istighfar
meniti di bibir Naeem. Mula menyedari kesalahan besar yang dibuatnya. Selama
ini dia ego dan rasa betul. Tapi, entah kenapa Yaseer mampu melenturkan egonya
itu. Semua dengan izin Allah.
Sambil memeluk Naeem,
kata-kata semangat terus diberi.
“ Naeem, aku tahu kau budak baik. Aku tahu kau akan jadi
seorang mujahid setia. Aku tahu kau akan jadi penggerak dakwah dan tarbiah ini.
Aku tahu kau mampu menjadi seorang murabbi yang mampu menggegar dunia. Aku
optimis dengan kau. Tapi dengan satu syarat……”
“Apa dia?...” dalam esak tangis.
“Kau kena berjanji dengan Allah, kau akan lepaskan ukht
tu. Kau cakap pada dia, kau nak berubah. Kau cakap kau dah tersilap langkah
mencintai dia. Kau cakap akibat mencintai dia, kau telah merosakkan cinta kau
kepada Allah. Kau cakap yang kau nak jadi serius dengan dakwah dan tarbiah. Dan
kau cakap kat dia yang kau akan mendoakan dia supaya dia dapat pasangan yang
lebih baik dari kau.”
“ Jzkk Yaseer. Aku sayang ko!.” sambil memeluk erat.
“Woiiii, apa yang korang buat tepi padang ni haaaa!. Gay
ke ape!. Nak gay-gay gi la tempat tersorok sikit” jerit pemain bola.
“Hahahahaha.” tawa malu Yaseer dan Naeem sambil mengesat
airmata.
Dengan segera mereka
melepaskan pelukan. Bimbang ada yang fikir lain.
###
“Salam ukhti Syaqirah, mulai saat
ini ana mengharamkan diri ana dari berhubungan dengan enti lagi. Apa yang kita
buat ini salah. Menghampiri zina. Ana harap, kita mula serius dengan dakwah dan
tarbiah. Tidak mungkin dakwah ini akan berjaya dengan tangan-tangan kita yang
penuh dengan karat jahiliyah ni. Tidak mungkin ana akan jadi seorang murabbi
selagi ana berhubung dengan enti. Dengan lafaz Bismillah, ana lepaskan enti.
Moga ini yang terbaik. Lillahi Taala. Assalamualaikum. *do not reply.”
Itulah
mesej Telegram terakhir Naeem buat ukht Syaqirah. Walau berat di hati,
kerana cintakan Allah, dia tabahkan juga. Kini hatinya sudah mulai tenang.
Tenang berbekalkan cinta Allah. Berbekalkan cinta ikhwah fillah. Ketahuilah,
cinta yang bernilai itu datang dari cinta atas syariat Allah. Kerana dengan
cinta ini, dakwah ini bisa dilajukan. Kerana dakwah ini CINTA. Moga terus
melaju!.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*jika ada cadangan or penambahbaikan, sila bagitahu. Boleh improvise. =)
*moga Allah redhooo.
Comments
Jalan cerita yang bagus
Cuba baca di :
http://cerpentarbiah.blogspot.com/?m=1