*Mushaf Untukmu 1*




“Menghitungggg menunggu mati, Agar kau jumpa yang dinanti, Semoga pemberianku ini, Terbaik untukmu.
”Malam itu, lagu Aiman Tino menjadi lagu pilihan jamming mereka. Hampir tiap malam Rayyan jamming dengan teman-temannya. Rokok dan vape menjadi juadah mereka. Walaupun hanya asap dan wap, walau tak mengenyangkan, tapi terasa nikmatnya.Entah dicelah mana nikmatnya. Rayyan seorang jejaka yang ada rupa. Hensem. Menjadi kegilaan ramai wanita. Berwajah korea celup. Malayan korea. Di kolejnya saja, hampir setiap hari dapat nota kecil dari seseorang. “abang, nanti jangan lupa contact saya. 014-5678910.” “abang ni hensem lah. Ingat nak berkenalan, boleh ke?.” Bayangkanlah, duduk saja di meja cafe fakulti, pasti ada saja nota kecil dari wanita. Peminat junior. Ada sampai satu tahap, gambar si Rayyan ini dijaja dalam kalangan wanita baik senior atau junior. Disebarkan melalui Whatsapp. Kalau ada posisi Rayyan yang macho, si wanita ini akan cepat-cepat snap, kemudian sebar. Entah ke mana hilang rasa malu wanita sekarang. “Yan, kau tak nak balas ke diorang nak berkenalan tu?. Untung lah muka korea. Aku ni muka dah macam apa, memang tak dapat lah. Gigit jari je la. Haha.” digelak oleh teman sekelasnya. “Ahhh, malas aku. Kau ingat aku layan perempuan murahan macam tu?. Gila!. Tak malu. Aku pulak yang rasa malu. Cisss. Baik aku lepak dengan korang, lagi bagus.” “Haaa, macam ni baru betul Yan. Sahabat sejati. Tak lupa kawan. Kahkahkah.” sekali lagi digelakkan. Rayyan memang begitu. Dia bukanlah seorang yang kaki perempuan pun. Dia lebih suka lepak dengan teman-temannya itu. Jenis suka berkawan. Walaupun perkenalan tak sampai setahun, tapi rapatnya macam dah berkawan 10 tahun. Dia lebih menghargai nilai persahabatan berbanding wanita. Baginya, jika inginkan wanita, baik cari yang ingin dijadikan isteri terus. Tak baik mainkan perasaan wanita. Menurut hematnya. Malam itu. Dirumah sewa. “Wey geng, minggu depan korang free tak?. Aku nak ajak pergi satu tempat. Port baik punya. bagi hilang stress sikit. Dah lah esaimen banyak.” “Beresss. Tak dek masalah. Minggu depan, kita enjoy!.” sahut teman Rayyan beramai-ramai. “Yan, kau cane?. Boleh dak?. Takdek kau, maka tak bermakna lah program ni. Huhu.” pandai temannya pancing. “Ok je. Aku join. Demi korang!. Wohaaa.” sahut Rayyan. “Canteqqq Yan!.” Rayyan memang jenis yang baik lagi lurus. Tapi berwajah hensem. Demi menjaga persahabatan, dia pun ikut saja perancangan temannya itu. Teman-temannya semua baik belaka. Cuma biasalah, suka berfoya-foya, buang masa, merokok, mevape. Kalau yang paling teruk pun, suka tengok gambar artis perempuan di Instagram. Dekat situ saja, dah berjam-jam masa dihabiskan macam itu saja. Mereka bukan macam sesetengah lelaki lain. Tengok video pornografi beramai-ramai. Rayyan dan temannya ini bukan jenis begitu. Nakal-nakal mereka pun, bab pornografi, memang mereka pantang. Pernah ada salah seorang temannya tertengok, habis kena maki dengan teman-teman lain. Pantang betul. “Kau nak bawak kitorang jalan ke mana Black?.” Rayyan hanya bertanya. Inginkan kepastian. Kalau pergi clubbing, dia tak mahu!. Bukan jenisnya pergi clubbing.Dia memang nakal dan suka berhibur, tapi, dia memang haramkan kakinya memijak kelab malam. Haram. “Kita tak pernah lagi pergi sini. Nak tahu kat mana?. Tunggu minggu depan!.” Black buat saspen. ***bersambung di episod 2 #cerpentaujihatjiwa

Comments

Popular posts from this blog

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

"Ukhuwwah itu indah!"

Self-reflection buat Sang Daie Tarbawi.