"Mushaf Untukmu 2*
Jam menunjukkan pukul 5 petang.
“Tadaaaaaaaa!!. Inilah dia tempat yang aku nak ajak korang.” Black tunjuk signboard.
Di signboard jelas tertulis, HUTAN LIPUR SUNGAI GABAI. Memang tempat itu tidak pernah disinggah oleh mereka selama ini. Mungkin sebab itu, Black ajak teman-temannya ke situ. Air terjun Sungai Gabai jangan cakap lah. Tempat bersuka ria. Memang kalau tiap hujung minggu, memang penuh. Air terjun. Biasalah. Ada ketenangan.
“Ye tak ye jugak. Aku dah lama tak mandi air terjun. Last pun, masa tingkatan 1. Tu pun sebab program sekolah.” Rayyan bermonolog sendiri.
“So, apa tunggu lagi, jom la terjun. Korang duduk sini, sampai subuh esok lah kita tak mandi.” jerit seorang teman yang lain, Furqan. Tak sabar nampak gayanya.
Mereka berempat waktu itu. Perjalanan ke puncak ambil masa dalam 15 minit perjalanan kaki. Mereka menikmati keindahan alam sekeliling. Jika alam ini dilihat oleh kaca mata seorang muslim, memang boleh runtuh ego dan kesombongan diri. Tertunduk dengan kekuasaan Allah. Tapi, mereka mana nak rasa semua itu. Hati masing-masing keras. Tiap malam jamming. Bukan nak baca quran pun. Jauh nak berzikir. Hati kelam.
Nikmat Allah ini kalau nak dihitung, tak terhitung kita. Tak payah pergi jauh, tengok saja diri kita. Sepatutnya, mereka yang belajar jurusan kedoktoran, kena jadi lebih beriman, lebih beramal soleh. Mana tidaknya, cukuplah tubuh badan manusia menjadikan kita takjub dengan kuasa Allah. Cukup kita melihat bagaimana jantung mengepam darah ke seluruh badan, subhanallah!.
Di tengah mereka menikmati alam, Black mencelah.
“Gengs, kita kat sini sampai malam tau. Lepas maghrib kita buat BBQ. Sekarang kita enjoy, mandi-mandi dulu.” Black bersuara.
Program kali ini, Black mastermind nya. Bermula dari tentative hinggalah apa yang nak dibuat, semua dia yang susun. Gila kuasa gamaknya budak Black tu. Asar, maghrib, Isya’ semua mereka langgar. Bukan jenis jaga solat pun. Rayyan juga. Wajah hensem, baik tapi tak jaga solat. Di sisi Allah tetap tak baik.
Tiga orang rakannya termasuk Rayyan memang tak tahu langsung apa perancangan Black. Yang mereka tahu, mereka nak enjoy, mandi- manda. Asyik mandi air paip kat rumah saja, tak seronok. Mereka mungkin belum kenal Black dengan sebaiknya. Black sebenarnya ada agenda lain. Yang pastinya, Rayyan memang tak setuju dengan agenda ini. Mereka tak mengesyaki apa pun. Bersangka baik saja.
Bila kita dah berkawan, kadang-kadang memang kita percaya habis kat kawan kita itu. Kita akan ikut saja apa yang mereka rancang untuk kita. Semua ini atas dasar percaya kawan. Memori dalam berkawan memang sangat bernilai. Senang sama senang, susah sama susah. Itulah yang diajar sejak dahulu lagi. Konsep bersahabat.
“Hah, sampai pun!.” Furqan bersuara.
“KEDEBUSHHHH!.”
Tak sampai satu minit, Rahman meluru laju dari belakang buat sommersault. Gila berani budak tu. Kebiasaannya, aksi sommersault dibuat secara terjunan dari atas batu. Ini atas darat pun nak buat sommersault. Hati kering.
“KEDEBUSHHH…KEDEBUSHHHH…KEDEBUSHHH.”
Ke empat mereka sudah masuk dalam air. Sejuk. Mendamaikan. Memang itu sifat air terjun. Sejuknya sampai ke tulang. Habislah kalau yang jenis kurus kering itu. Pasti tak bertahan lama menikmati air terjun. Mencucuk ke tulang sejuknya.
Black. Dia memerhatikan saja jam di tangan. Tepat jam 7 malam, mereka harus keluar dari situ untuk mencari tempat yang cerah. Bersiap untuk berBBQ pula. Dekat pintu masuk air terjun, ada gazebo kecil. Mereka akan berBBQ di situ. Black dah minta izin dengan pak guard untuk duduk disitu. Sampai jam 10 malam, kemudian baru beredar. Pakcik guard ok.
BBQ bukanlah fokus utama bagi Black. Kerana fokus utamanya adalah agenda dia. Orang semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Malam dah hampir tiba. Hanya tinggal pakcik guard dan orang kampong sekeliling. Nampak gaya macam orang asli.
Tepat jam 7.30.
Kedengaran suara beberapa orang wanita. Sayup-sayup dari kejauhan. Perlahan-lahan mendekati mereka.
Datang empat orang wanita. Free-hair. Baju ketat, tak cukup kain. Baju adik mungkin. Berseluar jeans.
***bersambung di EPISOD 3
Comments