*Mushaf Untukmu 3*
“Gengs, kenalkan, kawan perempuan aku. Kawan
rapat masa sekolah rendah dulu. Kitorang selalu lepak sekali masa sekolah dulu.
Pergi kantin sekali. Korang jangan segan pulak dengan diorang. Kenalkan, ini
Syakirah, ini Tikah, ini Bella dan ini Fiqa.”
“Hai korang, jangan segan-segan ya. Mulai
sekarang kita geng!.” ujar Bella sambil ketawa.
“Ok, beres!.”
Teman Rayyan nampak gaya seronok.
Al-maklumlah, dapat kawan perempuan. Cantik pula tu. Kalau touch-up sikit,
mesti dah macam model. Tapi tidak bagi Rayyan. Dia kalau gila-gila dengan
kawannya, ok lagi. Boleh terima lagi. Tapi, kalau dah melibatkan berlainan
jantina, dia sensitif sikit. Rayyan ini bukanlah jenis orang yang jenis jahil
sampai tak tahu halal dan haramnya. Dia tahu, kalau ada perempuan, mesti ada
syaitan. Bukan kata perempuan tu syaitan, tapi syaitan suka cari peluang nak
hasut anak adam ini.
“Wei Black, kau sini jap!.” Rayyan menarik
baju Black ke tepi. 100 meter dari gazebo tempat mereka berBBQ.
Dalam keadaan terpinga-pinga, ”Kau dah kenapa
Yan?.”
“Kenapa apa?!. kau tu yang kenapa!. Macam mana
pulak boleh ada perempuan ni?. Kau tahu kan aku tak berapa suka buat aktiviti
santai dengan perempuan?. Aku kekok dowk!.” nada Rayyan sedikit tinggi.
Terkejut Black. Tak pernah dia nampak Rayyan tegas macam itu. Biasanya rilex
saja. Baju Black digenggam.
Rayyan tak habis lagi bara di hatinya. Marah
benar dia kali ini. Gunung api hampir nak meletus.
“Kau nak kenakan aku kan?. Kau tahu aku tak
suka perempuan, tup tup jugak kau bawak perempuan!. Tak best la macam ni!. Ni
malam kot. Macam-macam boleh jadi.”
“Ohh, ok ok. Kau duduk je kat tepi gazebo tu.
Biar kami je yang borak-borak dengan kawan perempuan aku tu. Nanti BBQ siap,
aku hantar kat kau. Ok?.” Black mengurut-urut dada Rayyan yang tengah membara
tu. Kalau tak urut tadi, dah lama kena debik tu.
Rayyan pun melepaskan genggamannya. Teringat
pula Rayyan akan ustazahnya di sekolah dulu. Ustazah itu pernah menasihatinya.
Kalau kita tengah marah, bacalah Surah Taha ayat 1 hingga 5.
“ Tohaa. Maa Anzalna ‘alaikal Qur’aana li
tasyqoo…..”
Mulut Rayyan terkumat-kamit membaca surah Taha
ayat 1 hingga 5. Tengah marah dia waktu tu. Hati membara. Nasib baik teringat
akan nasihat ustazahnya. Reda sikit marahnya tu. Dia pun duduk di hujung gazebo
sambil scroll hensetnya. Layan
Facebook seorang diri. Kawannya yang lain, semua sibuk layan perempuan.
“Gedik pulak aku tengok perempuan ni.” bisik
Rayyan. Nasib baik tak didengari perempuan itu.
Rayyan perhatikan saja kawan-kawannya bersuka
ria. Sekali sekala, nampak mereka bertepuk-tampar. Pegang tangan. Tak kira dah
halal haram. Dia bukannya tahu sangat
halal haram secara mendalam, tapi paling kurang, benda asas tahu lah. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, haram
bersentuhan. Itu asas yang dipelajarinya
masa sekolah dulu.
“Ingat anak-anak, di mana pun kamu berada,
kamu kena ingat Allah. Supaya bila kamu rasa nak buat dosa, kamu takut, sebab
Allah lihat kamu.” pesan yang sentiasa diulang oleh Ustazah Munirah kepada anak
muridnya. Pesan yang sentiasa diingat oleh Rayyan.
Ustazah Munirah. Baik orangnya. Muda lagi.
Ketika Rayyan berada di tingkatan 5, umur ustazah baru 31 tahun. Dia sering saja
memberi kaunseling percuma kepada Rayyan. Tanpa Rayyan sedari, Ustazah Munirah
ini selalu memerhatikan dia di sekolah. Kalau ada salahlaku yang dia buat,
pasti ustazah akan cari dia. Kena nasihat kaw-kaw lah. Dah rasa macam ibu
sendiri. Ustazah yang dia segani. Penuh ilmu di dada. Penuh hikmah dalam
berbicara. Sekali sekala nasihatnya menerjah tepat ke hati. Heartshot!.
“Nah, ayam kau. Ada hotdog. Ada daging Burger.
Makanlah.” Black pelawa Rayyan makan. Di hujung gazebo. Rasa bersalah Black.
Campur dengan perasaan segan dengan kawannya yang sorang tu.
“Yan, sini la!. Tak sporting lah kau.” Rahman
bersuara dari tempat bakar BBQ.
“Korang bakar lah. Aku ada benda sikit nak
baca ni.” balas Rayyan.
“Kawan korang yang sorang tu dah kenapa dia?.
Memang jenis poyo macam tu ke?.” tanya Bella kepada Rahman. Pelik dengan
perangai Rayyan mungkin. Berseorangan saja.
“Ohhh, dia memang macam tu kot. Dia tak biasa bergaul
dengan perempuan. Cuba korang tengok muka dia. Hensem tak?.” tanya Rahman
kepada sekumpulan perempuan itu.
“Hensem!.” serentak.
“Haa, hensem tapi tak layan perempuan. Budak
fakulti nak try ngorat dia pun tak dapat. Korang?. Jangan harap lah!. Haha.”
Rayyan masih lagi berseorangan. Buat hal dia
je budak tu. Tak habis-habis dengan henset nya walaupun setahu teman-temannya
itu, Rayyan bukan jenis kaki henset pun. Mungkin nak cover kot. Kalau tak main
henset, nak buat apa kan?.
News feed di Facebooknya ditatap. Satu demi
satu. Facebook kawan-kawannya. Kalau yang jenis kaki bisnes tu, memang bisnes
sahaja lah status mereka. Kalau yang jenis suka politik, tak habis-habis nak pangkah
kerajaan. Marah benar sebab minyak naik. Kalau yang jenis islamik, memang islamik
habis. Ana enta, ana enti, usroh saja lah statusnya. Kalau yang jenis radikal
sikit, jenis suka menerakakan orang. Astaghfirullah.
Sedang dia scroll-scroll news feed.
Ustazah Munirah mengemaskini status
Facebooknya. Lama benar Ustazah Munirah tidak mengemaskini statusnya. Hampir 3
bulan.
“Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang penjual besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau kau boleh membeli minyak wangi darinya dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapat bau harumnya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi percikan apinya mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap akan mendapat bau asapnya yang tidak sedap.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hati Rayyan berbisik lagi, ”Eh, Ustazah
Munirah. Status dia. Kenapa macam tepat dengan situasi aku je ni. Kenapa?. Dia duduk kawasan dekat-dekat sini
ke?. Ataupun pakcik guard tu sebenarnyaaaaaa, ada hubungan kekeluargaan dengan dia?.
Ayah dia?. Ahhh, tak mungkin lah. Ayah ustazah dah lama meninggal. ”
Rayyan dah mula musykil. Macam-macam sangkaan
bermain di fikirannya sekarang. Sangkaan yang berlegar-legar di fikirannya
selama 10 minit. Hanya sementara.
Fokusnya mula kembali kepada isi status Facebook Ustazah Munirah.
Dibaca dan dihadamnya perlahan-lahan.
“Teman yang baik?. Hmmm, adakah teman-teman
aku ini teman yang baik?. Nak kata diorang tak baik, baik je. Tak dek pulak nak
khianat aku. Tak dek pulak nak curi barang aku. Kadang-kadang bila aku susah, diorang lah yang pertama tolong aku.”
Esoknya.
Tepat jam 10 pagi.
Rayyan terpacak depan rumah teres yang beralamat, No 3, Lorong Gong Gajah 3/1.
***bersambung di EPISOD 4
#cerpentaujihatjiwa
Comments