Posts

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

Image
Tarbiah. Bagi manusia biasa, ia memang pelik. Apa tarbiah-tarbiah ni, makcik Biah ke?. Ke biah solehah?. Hoho. Ikut lah nak tafsir apa pun. Bab tafsiran, memang macam-macam kan?. Orang luar yang melihat mereka yang ikut tarbiah usrah segala macam ni, mesti akan fikir macam-macam. Ekstrimis lah. Radikal lah. Ajaran sesat lah. Mana tidaknya, asal hujung minggu je, bawak beg besar-besar. Entah apa ada dalam beg tu. Padahal nak pergi mukhayyam je pun. Memang, Kalau ikut kata nafsu, memang tak hengen pon nak join tarbiah ni. Tapi, bila tanya iman yang tersemat di dada, dia kata, cuba dulu. Mana lah tahu, ada aktiviti menarik ke. Tarbiah ini, seandainya mereka mengerti, ia benar-benar semanis coklat. Kadang kamu sendiri tidak menyangka bahawa dalam berjuta manusia di muka bumi, lalu kamu terpilih menjadi hamba pilihan Allah untuk mengecapi nikmat terindah dalam tarbiah. Dari kemanisan tarbiah ini, kita belajar erti kasih sayang dalam ukhuwwah. Ukhuwwah yang b

WHY ME???

Image
Pernah tak dulunya, Kita terfikir, kenapa Allah memilih kita untuk merasai hidayahNYA?. Pernah tak dulunya, Kita terfikir, kenapa Allah letakkan kita dalam gerabak usrah ini?. Pernah tak dulunya, Kita terfikir, kenapa Allah selalu pertemukan kita dengan orang baik-baik saja?. Pernah tak dulunya, Kita terfikir, macam mana lah kita boleh berubah dari free-hair hinggalah boleh pakai tudung labuh sekarang. Bidang 60 bercorak bunga besar pula tu!. Pernah tak dulunya, Kita terfikir, kita jadi budak masjid?. Kalau dulu asyik solat bilik je!. Pernah tak dulunya, Kita terfikir, kenapalah sekarang bila baca je ayat-ayat Allah, tiba-tiba airmata mengalir laju. Cepat rasa sebak. Hati cepat tersentuh!. Pernah tak kamu semua? Aku sengaja datangkan persoalan ini untuk kita sama-sama muhasabah diri. Sedar atau tidak bahwa dalam hidup kita ini, banyak perkara yang terjadi tanpa kita sangka. Banyak perkara yang terjadi tu, tak pernah langsung terlintas dalam benak

Tarbiyah Mengajar Aku Menjadi AKHOWAT KENTAL!

Image
Ceritera akhowat kental. Pernah tak kita terfikir, di lokaliti kita, di ipt kita, bagaimana kakak-kakak yang terdahulu menghidupkan dakwah?. Kita sedar tak bahawa menggerakkan dakwah di saat tidak ramai tenaga yang ada bukan suatu yang mudah?. Kita sedar tak macam mana keadaan curam bukit yang telah kakak-kakak kita daki untuk sampai ke puncak?. Ya, mesti tak pernah terfikir bukan?. Terlintas pun mesti tak pernah kan?. Yang kita tahu hanyalah, menyambung saja apa yang ada depan mata. Itu pun culas-malas lagi!. Meh sini aku ceritakan pada kamu kisah akhowat-akhowat senior kamu. Kisah manis masam pahit getir mereka membina diri dan menggerakkan dakwah ini. Mereka yang sudah lama dalam DnT ni, mesti tahu sangat beza akhowat dengan ikhwah. Nama pun akhowat, memang lebihnya pada perasaan lah. Emosi. Ada kisah satu orang akhowat. Pernah dia ceritakan pada aku, bagaimana asam garamnya ketika dia mula menapak dalam taman-taman tarbiyah ini. Di salah satu kolej, Allah ta