Posts

Showing posts from 2016

*Mushaf Untukmu 3*

Image
“Gengs, kenalkan, kawan perempuan aku. Kawan rapat masa sekolah rendah dulu. Kitorang selalu lepak sekali masa sekolah dulu. Pergi kantin sekali. Korang jangan segan pulak dengan diorang. Kenalkan, ini Syakirah, ini Tikah, ini Bella dan ini Fiqa.” “Hai korang, jangan segan-segan ya. Mulai sekarang kita geng!.” ujar Bella sambil ketawa. “Ok, beres!.” Teman Rayyan nampak gaya seronok. Al-maklumlah, dapat kawan perempuan. Cantik pula tu. Kalau touch-up sikit, mesti dah macam model. Tapi tidak bagi Rayyan. Dia kalau gila-gila dengan kawannya, ok lagi. Boleh terima lagi. Tapi, kalau dah melibatkan berlainan jantina, dia sensitif sikit. Rayyan ini bukanlah jenis orang yang jenis jahil sampai tak tahu halal dan haramnya. Dia tahu, kalau ada perempuan, mesti ada syaitan. Bukan kata perempuan tu syaitan, tapi syaitan suka cari peluang nak hasut anak adam ini. “Wei Black, kau sini jap!.” Rayyan menarik baju Black ke tepi. 100 meter dari gazebo tempat mereka berBBQ. Dalam keadaan

"Mushaf Untukmu 2*

Image
Jam menunjukkan pukul 5 petang. “Tadaaaaaaaa!!. Inilah dia tempat yang aku nak ajak korang.” Black tunjuk signboard. Di signboard jelas tertulis, HUTAN LIPUR SUNGAI GABAI. Memang tempat itu tidak pernah disinggah oleh mereka selama ini. Mungkin sebab itu, Black ajak teman-temannya ke situ. Air terjun Sungai Gabai jangan cakap lah. Tempat bersuka ria. Memang kalau tiap hujung minggu, memang penuh. Air terjun. Biasalah. Ada ketenangan. “Ye tak ye jugak. Aku dah lama tak mandi air terjun. Last pun, masa tingkatan 1. Tu pun sebab program sekolah.” Rayyan bermonolog sendiri. “So, apa tunggu lagi, jom la terjun. Korang duduk sini, sampai subuh esok lah kita tak mandi.” jerit seorang teman yang lain, Furqan. Tak sabar nampak gayanya. Mereka berempat waktu itu. Perjalanan ke puncak ambil masa dalam 15 minit perjalanan kaki. Mereka menikmati keindahan alam sekeliling. Jika alam ini dilihat oleh kaca mata seorang muslim, memang boleh runtuh ego dan kesombongan diri. Tertunduk den

*Mushaf Untukmu 1*

Image
“Menghitungggg menunggu mati, Agar kau jumpa yang dinanti, Semoga pemberianku ini, Terbaik untukmu. ”Malam itu, lagu Aiman Tino menjadi lagu pilihan jamming mereka. Hampir tiap malam Rayyan jamming dengan teman-temannya. Rokok dan vape menjadi juadah mereka. Walaupun hanya asap dan wap, walau tak mengenyangkan, tapi terasa nikmatnya.Entah dicelah mana nikmatnya. Rayyan seorang jejaka yang ada rupa. Hensem. Menjadi kegilaan ramai wanita. Berwajah korea celup. Malayan korea. Di kolejnya saja, hampir setiap hari dapat nota kecil dari seseorang. “ abang, nanti jangan lupa contact saya. 014-5678910 .” “ abang ni hensem lah. Ingat nak berkenalan, boleh ke? .” Bayangkanlah, duduk saja di meja cafe fakulti, pasti ada saja nota kecil dari wanita. Peminat junior. Ada sampai satu tahap, gambar si Rayyan ini dijaja dalam kalangan wanita baik senior atau junior. Disebarkan melalui Whatsapp. Kalau ada posisi Rayyan yang macho, si wanita ini akan cepat-cepat snap, kemudian sebar. Entah

*Menjadi Murobbi?. Tiada Alasan Lagi*

Image
sumber: Cik Google Image “Husni, enta tahun depan kena jadi murobbi tau. Dah takde pelapis dah ni. So, persiapkan diri enta by this sem .” “Ukhti, ana nampak enti bukan takde potensi jadi murobbi, ada je. Cuma hakak nampak, enti ni saja tak nak jadi murobbi kan?. Nak hidup senang?” ( mak aiii, psikonya murobbiyah macam ni ) Mungkin itulah arahan-arahan yang pernah kita terima dari para murobbi/murobbiyah naqib/naqibah kita. Kalau ditanya perasaan ketika dapat pengarahan sebegitu, jangan cakap lah jantung ni. Kencang dalam degupan. Kadang-kadang rasa, “eh, kenapa laju sangat jantung aku berdegup ni?. Salah tempo ni. (hang ingat music ka nak main tempo ni?) ”. “Jantung berdegup kencang, menantikan malaikat datang( eh, ni bukan pasal mati lah..Boleh pulak dia bernasyid. ) Menjadi murobbi kot!. Siapa mahu?. “Bang, ana ni dulu sekolah harian biasa je. Agama lemah. Mana mungkin ana mampu jadi seorang murobbi. Jadi seorang abi, inshaa Allah boleh..chia..chia..chia ( abang murobb

*Manisnya Di Sana*

Image
Pernah atau tidak suatu masa kita terfikir, atau sengaja fikir, apa yang ada di sana?. Seronok sangat kah di sana?. Sampaikan Nabi pesan pada kita, bila kita minta nak pergi ke sana, mintalah tempat yang paling tinggi.               Seronok sangatkah di sana?.                    Sampaikan Rasulullah dan para sahabat, bercita-cita tinggi untuk ke sana. Sampai tercedera anggota tubuhnya. Sampai sanggup tinggal anak bini semuanya.           Seronok sangatkah di sana?.           Sampai ada sahabat, yang tika masih hidup di dunia pun, tapak kakinya sudah kedengaran di sana.           Ada apa di sana?.           Layakkah aku ke sana?. Dalam satu hadis qudsi, Allah Azza Wajalla berfirman: "Aku telah persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau mahu, silakan kamu membaca: