Posts

Showing posts from May, 2016

Masihkah adakah sinar tarbiyah buatku?

Image
Thanks for Uncle Google Sudah setahun aku begini. Sudah hampir dengan fasa-fasa graduasi. Aku kini di tahun akhir. Ingat lagi masa aku tahun 1, aktif dengan persatuan islam. Pegang banyak jawatan. Seorang yang istiqamah dengan Usrah, Tarbiah, Dakwah dan seumpama dengannya. Tapi, aku sendiri bingung sekarang. Entah apa nak jadi pada aku. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa. Dua kaki gagah menapak di atas batu di tepi pantai. Sekali-sekala ternampak pasangan suami isteri sedang bermain-main dengan anaknya. Usianya lebih kurang 4 tahun. Comel. Ahhhhhhh, apa ni. Sekali lagi sapaan misteri muncul dalam minda. “ Dan berapa banyak Nabi berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah pada musuh. Allah suka orang-orang yang sabar.(Ali-Imran:146)” Oh, ayat Allah rupanya. Minda menerawang menuju memori lampau. Ayat itu merupakan ayat ta