*Menjadi Murobbi?. Tiada Alasan Lagi*

sumber: Cik Google Image

“Husni, enta tahun depan kena jadi murobbi tau. Dah takde pelapis dah ni. So, persiapkan diri enta by this sem.”
“Ukhti, ana nampak enti bukan takde potensi jadi murobbi, ada je. Cuma hakak nampak, enti ni saja tak nak jadi murobbi kan?. Nak hidup senang?” (mak aiii, psikonya murobbiyah macam ni)
Mungkin itulah arahan-arahan yang pernah kita terima dari para murobbi/murobbiyah naqib/naqibah kita. Kalau ditanya perasaan ketika dapat pengarahan sebegitu, jangan cakap lah jantung ni. Kencang dalam degupan. Kadang-kadang rasa, “eh, kenapa laju sangat jantung aku berdegup ni?. Salah tempo ni.(hang ingat music ka nak main tempo ni?)”. “Jantung berdegup kencang, menantikan malaikat datang(eh, ni bukan pasal mati lah..Boleh pulak dia bernasyid.)
Menjadi murobbi kot!. Siapa mahu?.
“Bang, ana ni dulu sekolah harian biasa je. Agama lemah. Mana mungkin ana mampu jadi seorang murobbi. Jadi seorang abi, inshaa Allah boleh..chia..chia..chia (abang murobbi dalam hati, adoi, boleh pulak dia main chia2x..Orang tengah serius nih!)
            “Hakak qowiy, saya ni dah lah pakai shawl, suka bergaya. Dulu dah lah orang gelar tomboi, sebab perangai macam lelaki. Tak kan lah nak jadi murobbiyah bagai ni.”
            Ini antara alasan yang biasa kita terima. Ingat murobbi tidak tahu kah taktik halus sebegitu?. Hebat hangpa nooo. Pada pandangan seorang murobbi, semua boleh dibentuk, boleh dilatih. Sebab mereka juga begitu dahulu. Mana ada murobbi atas dunia ini terus pandai jadi murobbi. Saya sendiri pun, di awal pengalaman saya menjadi murobbi, pernah semua orang lari. Tapi, kemudiannya, saya improve!. Saya perbaiki cara pembawaan saya.
            Kalau mahu join bisnes pun kena improve diri, apatah lagi menjadi murobbi. Tak gitu sahabat?.
            Yang lagi tragis, mungkin ada antara kita yang sesekali pernah terfikir untuk keluar dari dakwah ini, dari jamaah ini, dari tarbiyah ini sebab takut menjadi seorang murobbi. Kita tak akan secara terus terang beritahu murobbi kita yang kita keluar sebab tidak mahu menjadi murobbi, tapi, kita akan cari hujah lain.
            “Saya nak keluar dari jamaah ni boleh tak bang?. Saya rasa terlalu berat untuk komit dengan semua aktiviti kita.”
            “Kak, mungkin ini kali terakhir kita bertemu. Saya rasa tak boleh nak komit kerana ada masalah yang mengganggu hidup saya. Sobs, sobs, sobs. (ambik shawl kesat airmata).
            Tidak semua manusia atas muka bumi ini suka menjadi murobbi. Mereka rasa berat dengan amanah seorang murobbi. Menjadi seorang ustaz ustazah yang mengajar kitab fiqh di surau-surau atau menjadi seorang motivator mungkin boleh kerana tugasnya hanya menyampaikan ilmu itu saja. Itu lebih mudah. Tapi, murobbi?. Pehhh. Susah bhai!.
            Murobbi nak kena mu’ayyasyah(baca: hidup/bergaul dengan orang). Kemudian, orang(baca:mad’u) yang disentuh, perlu di follow-up. Kemudian, bila dah sampaikan sesuatu kefahaman, nak kena follow up pula sejauh mana orang itu mengamalkan kefahaman itu. Nak kena cek amal ibadah harian pula. Dengan tilawahnya, qiyamullailnya, hafazannya, solat jemaahnya, zikirnya, dhuhanya dan banyak lagi lah. Kalau dia ada masalah, dengan segera murobbi kena sediakan bahunya. Menjadi pendengar setia. Ada masa kena jadi tegas bilamana ada tugasan yang tidak diselesaikan. Banyak lagi lah kerja seorang murobbi ni!.
Merumitkan!.
Agar Firman Tuhanmu dan Sabda Nabimu, memotivasi kamu!
            Menjadi seorang murobbi ini bukanlah ijtihad ulama’ kontemporari atau ijtihad habang dan hakak murobbi kita, tapi ia adalah arahan Allah sejak dari dahulu lagi. Ia kerja mulia yang Allah beri petunjuk kepada Sang Nabi agar risalah ini difahami oleh seluruh umat manusia.
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” (QS Al Jumu’ah : 2)

            Benarlah para Rasul ini diutuskan untuk memperbaiki masyarakatnya dengan menjadi seorang murobbi. Yang mana kerjanya, membacakan ayat-ayat Allah kepada manusia, kemudian mensucikan jiwa manusia dari segala kotoran dan kebathilan lalu kemudiannya mengajar dan memasukkan kefahaman islam yang sebenar dalam jiwa mereka. Itu kerja murobbi!.
            Ingat teman-teman, menjadi murobbi ini kerja mulia. Besar ganjarannya di sisi Tuhan. Kita kata nak masuk syurga kan?, tapi kenapa kita tak berlumba-lumba buat amal yang membolehkan kaki kita selangkah di syurga?.
“Demi Allah, jika Allah memberi petunjuk kepada satu orang karenamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah.” (Muttafaq Alaih)

            Teman,
            Tidak mahukah kita Allah kurniakan kepada kita unta merah?. Kenapa merah, tidak emas, biru, jingga, hijau, hitam putih (eh. itu kan kuda belang?) dan sebagainya?. Unta merah ini unta hebat. Lain macam perginya. Diceritakan unta merah adalah unta yang paling berkualiti sekali di Tanah Arab sana dan hanya orang yang memiliki kekayaan luarbiasa saja yang bisa memilikinya.
Unta merah boleh hidup lama selama 30-50 tahun. Susunya berkualiti. Boleh tidak makan dan minum beberapa hari. Matanya “transparent” dan boleh tahu dimana laluan yang baik di padang pasir. Lemak dibonggolnya boleh bertukar menjadi air baginya. Mampu bertahan sehingga 41 darjah Celcius. Sistem imunisasi tinggi dan macam-macam lagi lah. Itu unta merah!. Kuasa Allah menciptakannya. Tak mahu kah kita bila Nabi kata bila kita jadi murobbi, itu lebih baik dari unta ini?. Kalau ada orang nak bagi unta ni, ambil saja lah. Buat pergi usrah. Hehe.

“Sesungguhnya Allah, malaikatNya, serta penduduk langit dan bumi, hingga semut yang ada di lubangnya, dan ikan-ikan yang ada di laut, (semuanya) berselawat atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (HR. Tirmidzi)
Fuhhh, ini lagi lah. Tidak ke kita rasa dihargai bila ada orang puji dan sanjung kita?. Mesti kembang hidung, seluar dan perut punya lah. Eh.(kembang perut dah sebab lain).
Bayangkan,
Malaikat, tumbuhan, haiwan, planet, matahari, bulan, bintang dan semuanya ciptaan semulajadi Allah berselawat atas kita, memuji-muji kita, mendoakan kita duhai murobbi?. Tidak mahukah kita mendapat kemuliaan ini dengan menjadi seorang murobbi. Mudahnya nak dapat kemuliaan tatkala kita mengajarkan manusia akan agama Allah ini. Biasa yang doa pada kita, manusia saja. Ini bila kita jadi murobbi, perhhhh, sebut sajalah ciptaan apa yang ada atas muka bumi ini, semua berselawat kepada kita. Ikan “Finding Nemo” mendoakan kita, tak ke comel gitu?. Hehe.

Ajari hatimu erti sabar
            Sabar.
            Satu kata lima huruf yang mudah diungkap. Tapi amat sukar diamalkan.
            Tidak dinafikan, sabar ini amat perlu dalam kita mendidik manusia. Akal, ruh dan jasad. Ini semua perlu dididik dengan penuh sabar. Ada murobbi yang nampak hebat dalam memberi pengisian yang memberikan impak, tapi, tidak sabar dalam mendidik. Kerja nak laju saja. Kerja nak marah saja. Kerja nak menerakakan anak usrah saja. Astaghfirullah.
            Bila kita jadi murobbi, bergaullah dengan mutarobbi/anak usrah kita dengan penuh sabar dan hikmah. Hati kita akan sering dilukakan dengan perangai manusia, lalu dari situlah perlu sangat kita sabar. Rasulullah sabar bila dakwahnya ditentang, bila kena baling batu, bila kena tuduh gila, bila kena tuduh buat ajaran sesat. Sabar!(eh, tanda seru tu macam marah je, macam tak sabar je).
            Pernah Sang Nabi berpesan pada kita para daie murobbi;
“Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan perkara yang disakiti mereka lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur gaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan perkara yang disakiti mereka.”(HR Tirmidzi)
            Bergaullah dengan manusia dan sabar. Kita mahu membina manusia dan rijal dakwah, bukannya robot. Maka, berhikmahlah menguasai hati manusia dan mad’u kita semuanya.
Bunuh alasan itu
            Sahabat,
            Kita mampu jadi murobbi sebenarnya. Tiada alasan. Cuba bayangkan, anda kata anda tidak mampu berbicara, tapi kenapa di saat pensyarah anda meminta anda untuk membuat pembentangan subjek, anda boleh pula bercakap dan membentang di hadapan khalayak ramai?. Siap malam sebelum bentang itu, anda berdiri depan cermin dan cakap depan cermin lagi. Tapi, bila diminta menjadi murobbi bermacam pula alasan anda bagi.
            Kenapa bila bersama teman-teman, anda boleh berborak bergelak ketawa dan siap berhujah dengan fakta lagi. Kalau bab cerita gosip, sampai ke sebelum subuh qiyam terus pun boleh. Tapi, kenapa disaat nak menceritakan tentang islam kepada manusia anda cakap tak pandai?
            Sebenarnya itu semua alasan, tahu?. Anda bukan tidak pandai, cuma anda saja yang bagi alasan sebab fikir berat amanah. Memang!. Amanah Allah memang berat!. Lagi berat kalau anda jenis beralasan. Berat apa?. Berat mahu jawab apa depan Tuhan nanti?. Berat apa lagi?. Berat berat(baca loghat Ganu).
Put Your Trust In Allah
Sahabat,
            Marilah menjadi murobbi. Latihlah dirimu. Setiap kita memang ada kelemahan. Kita manusia. Tapi, adakah hujah manusia itu lemah kita mahu jadikan alasan untuk kita tidak mahu berubah menjadi murobbi. Berubahlah!
            Ambil masa untuk latih dirimu berbicara tentang Allah, Rasul dan Akhirat dengan manusia. Mulanya mungkin rasa kekok, tapi, inshaa Allah, put your trust in Allah, Allah will help you. Jangan risau bila mad’u hilang buat kali pertama kerana itu proses yang anda perlu lalui. Buatlah perbaikan.
            Tak pandai baca Al-Quran, belajar lah.
            Tak pandai susun kata-kata, latih lah.
            Tak pandai mengelola program tarbiah, cuba dengan yang berskala kecil dulu.
            Tak pandai jadi imam, mulakan dengan ahli seusrah anda dulu.
            Berusahalah untuk jadi murobbi, Allah pasti akan bantu anda. Bermula dengan skali kecil, inshaa Allah, anda akan pandai untuk skala besar kemudiannya.
            Dan dan,
            Rasakanlah proses untuk anda jadi murobbi itu salah satu jihad anda. Suatu jihad yang anda akan infaqkan segalanya atas jalan menjadi murobbi ini.
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, (yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisaa : 95-96)

            Moga Allah beri syurga atas pengorbanan anda itu.

Comments

Popular posts from this blog

*Manisnya Di Sana*

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

WHY ME???