CERPEN: Ana Enti's Tarbawi Love.

Oh Tuhanku.


            “ Salam alaik enti. Apa khabar?. Harap sihat lah yer!. Macam mana usrah hari ni?. Basah tak?. Hehe”

            “ Alhamdulillah akhi Naeem. Ana baik-baik aje. Enta?. Usrah?. Subhanallah!, menghidupkan ruh!. Enta mesti best kan. Dapt usrah dengan murabbi hebat!.”

Naeem tersenyum-senyum sambil membalas Telegram dari Syaqirah. Jari-jemari saling bergerak bersilangan dengan laju menunjukkan Naeem sudah terlalu biasa berbalas-balas Telegram.

Ahhhhhh. Seperti tak percaya saja akan apa yang berlaku di depan mata Yaseer sebentar tadi. Like English people said, Cannot brain. Perbualan Telegram antara Naeem, seorang akh yang dikasihinya dengan Syaqirah, wanita yang entah dari ceruk rantau mana datangnya. Nak kata akhowat, aishhhh. Tidak mungkin akhowat. Kerana akhowat tidak mungkin akan buat perkara yang dimungkiri Allah. Bermesej-mesejan.

Cinta Islamik Ana Enti Tarbawi?.

Inilah istilah yang bermain di fikiran Yaseer. Tak percaya dia dibuatnya. Namun, dia sedar, dia tidak boleh mengatakan itu semua mimpi di alam fantasi kerana dia juga faham betapa orang yang ikut tarbiah juga manusia. Pasti diuji. Ada cacat celanya. Ada silap yang dibuatnya. Kerana ada kelemahan lah, manusia ikut tarbiah. Namun, di sebalik kefahaman itu, dia yakin bahawa tarbiah mampu mengubah sejahat-jahat manusia kepada sebaik-baik manusia. Bahawa dengan tarbiah jualah yang mengubah sahabat se’gangster’ Sayidina Umar dan Abu Dzar menjadi pejuang Islam.

Hebatnya tarbiah!. Semua berlaku seizin dari Allah.

            “ Weiiih, ko mesej dengan sape tu?. Makcik Azizah ke?. Mesej, senyum, mesej, senyum. Dah macam orang kemaruk bercinta.”

Yaseer sengaja memetik nama emak Naeem walaupun dia tahu sesiapa saja walaupun orang itu ‘totok’ tarbiah, mereka pasti tak akan guna bahasa ‘ana enti’ dengan emak sendiri. Tak akan!. Janggal kut!. Kalau ada pun, one in a million!. Yaseer cuba bersangka baik dulu. Tak mahu mencetus pergaduhan kerana salah sangka. Tabayyun. Selidiki.

            “ Eh mana adaaaa. Ni haa, aku mesej dengan kawan lama aku dari matrikulasi dulu. Dia sekarang belajar kat Institut Perguruan kat pantai timur sana. Kawan biasa je kay. Ko jangan fikir bukan-bukan. Inshaa Allah, dia budak baik jugak. Ikut usrah kot” sambil angkat kening kepada Yaseer.

Main angkat-angkat kening, ingat Yaseer suka???. Pantang Yaseer orang ikut tarbiah tapi tak jaga ikhtilat(baca:pergaulan).

            “ Elehhh, ye la tu kawan biasa. Hampir tiap malam aku tengok kau menghadap henset sambil senyum. Itu bukan biasa lagi dah. Itu luar biasa bhai. Aku tengok pun naik stress. Rasa nak hempuk je dengan cerek elektronik ni” Yaseer bergurau dalam serius.

Malam itu berlalu seperti biasa. Naeem tak habis-habis dengan smartphonenya, Yaseer pula sedang cuba menghabiskan buku Tadzkiratun NAQIB tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid yang baru saja dibelinya secara online. Terdetik di hati Yaseer mahu mengorek cerita dari temannya itu. Yaseer tak senang duduk. Dia pantang sekali kalau ada ikhwah yang mengaku ikut tarbiah tapi bercintan-cintun-cintin dengan akhowat. Entah dari jemaah mana entah.

###

Petang itu di padang bola. Yaseer dan Naeem baru saja lepas mengeluarkan peluh bersama. Mereka memang gila bola. Sebut saja ada EPL(English Premier League), terus menghadap depan televisyen. Kadang-kala, bola dijadikan modal untuk ditadabbur oleh mereka. Yaseer pernah mentadabbur tentang bola semasa beriadhah dengan junior baru. Dia meminta semua junior untuk memerhatikan bola di atas padang.

Tiang gol merupakan matlamat di mana di situ letaknya hati manusia. Bola itu seperti risalah Islam. Pemain bola seperti pelaku yang akan membawa risalah. Bila perlawanan berlangsung, pemain bola akan bekerjasama supaya risalah Islam ini sampai kepada matlamatnya iaitu hati manusia. Tadabbur yang tak pernah difikir oleh junior yang baru. Itu biasa. Junior, memang mereka jarang dapat fikir apa yang orang ikut tarbiah fikir. Sebab itu, budak-budak usrah tarbiah ni Ghuraba’. Cara fikir pun unik.

Sebelum pulang ke bilik masing-masing, Yaseer dan Naeem melepak di tepi padang sambil melihat kumpulan lain yang masih bermain di padang.

            “ Eem, aku nak tanya ko ni. Ko fall in love eh?.  Ko couple eh?. Aku tanya jangan marah. Siapa Syaqirah di hati ko?. Kawan biasa atau kekasih sejati di hati?.”

Kali ini Yaseer terpaksa bertanya soalan berani mati. Silap hari bulan, boleh jatuh bom atom kat situ juga. Ahhh, alah bisa tegal biasa. Bukan pertama kali Yaseer buat begitu. Sudah banyak kali, soalan berani mati yang ditanya olehnya kepada teman sekuliahnya yang lain. Jujur orangnya.

            “ Haddoiiiii ko ni. Suka jaga tepi kain pelikat aku kan. Ko tak perlu lah susah-susah nak ambik tahu pasal aku. Aku dah besar, aku boleh jaga diri aku. Ko jangan risau eh. Hishhh”, sedikit mendengus Naeem.

Naeem jelas tidak selesa dengan soalan itu. Dia pantang kalau wujud atas muka bumi ni orang jenis suka menyibuk. Sebelum ini, soalan macam itu pernah ditanya oleh rakan sekuliahnya, lalu satu tumbukan padu tepat di dada dihadiahkan oleh Naeem kepada rakan sekuliahnya itu. Azhar namanya. Dia tak sanggup memberikan ‘hadiah’ yang sama kepada Yaseer memandangkan Yaseer ini seorang ikhwah. Sekali-sekala, ada rasa hormat pada Yaseer. Seorang yang lembut. Tidak kasar. Penyayang. Haaaahhhh, kalau junior dah lama cair.

Yaseer mula curhat(baca:curahan hati).

            “ Naeem, asal kau tahu, aku mencintai kau kerana Allah. Kau seorang ikhwah Naeem.

            “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan yang saling             mengukuhkan satu dengan yang lain.” (HR. Bukhari Muslim).”
Itu hadis bro. Aku bukan saja-saja nak jaga tepi kain pelikat kau yang berjenama ‘Gajah Duduk’ tu. Kau ingat aku suka sangat ke?. Tak Naeem. Kenapa aku jaga tepi kain kau sebab aku cintakan kau. Aku tak nak satu hari nanti Allah buka aib kau depan orang lain. Kau orang tarbiah. Kau tahu tak, impak kesalahan orang yang ikut tarbiah ni lebih besar berbanding orang biasa.”

            “ Maksud kau?.” Naeem ingin penjelasan.

            “ Ok. Let me give an example. Aku ambil contoh couple. Antara kau dan budak biasa bercouple. Budak biasa, kalau kantoi bercouple, impak dia tak besar sangat sebab al-maklumlah, budak biasaaa. Amalan couple tu kan biasa bagi budak biasa. Dah jadi budaya pulak aku tengok. Tapi, kau IKHWAH, Naeem!. IKHWAHHH!. Seorang ikhwah bercouple dengan akhowat. Itu di luar akal fikiran. Eishhhh, aku pulak geli sebut ikhwah couple dengan akhowat ni.” sambil menggosok-gosok lengannya yang tak ada semut itu.

            “ Laaaa, biasalah tu. Semua orang tahu ikhwah tu manusia. Semua orang tahu budak ikut usrah tu bukan semuanya baik-baik.”

Naeem cuba memenangkan dirinya. Terdetik di hatinya untuk berhujah dengan Yaseer. Dia tak kisah. Yang penting, dia ingin terus berhubungan dengan Syaqirah. Ukhti berjiwa guru.

            “ Astaghfirullah. Kau nak backup diri kau?. Kau nak backup kesalahan kau?. Syaithon spesis apa yang dah menyelinap masuk dalam hati kau ni?.

            “ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu            perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(Al-Israa’:32)”

Aku yakin kau pernah dengar ayat ni. Allah cakap jangan kau dekati zina. Dekat pun tak boleh, apatah lagi buat kan?. Bila kau couple, kompem-kompem kau akan berubah banyak benda. Perasaan kau lebih cenderung kepada ukhti tu. Asyik terbayang dalam solat. Guna suara yang paling lembut bila bercakap. Main kejut-kejut tahajud. Saling bertukar kata-kata nasihat. Sweet la konon. Akhirnya, hati cenderung untuk ajak dia keluar.

Walaupun, kau pakai kopiah, dia pakai tudung labuh tapi tu tak menjamin fitnah tak akan berlaku. Bila bercouple, kau dah buka pintu untuk syaitan hasut kau gila-gila. Paling teruk, sebelah kaki kau dah dalam ambang perzinaan. Kalau syaitan berjaya hasut kau kuat sikit, dua-dua belah kaki kau dalam lembah zina. Astaghfirullah. Rasulullah sebut, anggota kita ni semua terdedah kepada zina. Bila couple, kompem kau dah zina hati. Hinanya kau di sisi Allah.” Yaseer menasihati temannya itu.

            “ Gulpppppppp…..”

Naeem menelan air liur. Pertama kali dia lihat Yaseer begitu serius. Malu tidak terkata. Mahu saja dia letak muka dia dalam bola yang bulat tu. Sama macam burung unta yang tanamkan mukanya dalam tanah. Tak sangka petang-petang macam itu boleh keluar ayat Al-Quran pula. Poyo.

            “ Haaa, itu lah fungsi kau Yaseer. Tegur aku. Aku tengah cuba lah ni nak berubah. Aku tahu tapi slow-slow lah. Tak boleh drastik weyh. Tapi, aku sayang ukht tu. Dia lah cinta pandang pertama ana. Jumpa masa program di matrikulasi dulu.”

Ego. Itu sifat dalam diri Naeem. Sedar dirinya salah, tapi buat-buat macam tak bersalah. Ini semua dek kerana penangan cinta seorang wanita. Dahsyat.

Yaseer meneruskan lagi tugasnya membrainwash sahabat baiknya itu.

            “ Naeem yang ku kasihi, ingat tak saat mula kita sama-sama menyertai gerabak tarbiah ni?. Ikut usrah. Ingat lagi tak?. Ingat tak apa yang kita ikrarkan bersama dalam daurah Ini Strategi Kami(baca:ISK). Di rumah banglo 2 tingkat. Ingat tak?. Kita telah berjanji setia dalam satu lembaran kertas. Kita tulis, ALLAH ghoyatuna(Allah tujuan kami). Kita berjanji untuk bersungguh-sungguh melaksanakan dua tujuan hidup kita. Menjadi ‘abid dan khalifah. Kita berjanji untuk bergerak bersama bagi mencapai matlamat Ustaziyatul Alam. Ingat lagi tak?.”

            “Allahhhhhhhh…(*iskkkkk, iskkkk)..”

Mula bergenangan air mata Naeem di kelopak matanya. Agak lentik bulu mata Naeem. Esak tangis mula kedengaran Mengingati saat-saat indah dalam tarbiah adalah salah satu rawatan. Yaseer bijak memilih solusi. Yaseer mahu juga mengenangkan air mata tapi sayang, air matanya tidak ingin keluar lagi. Bukan keras hati tapi sengaja tak nak spoil mood.

            “ Dan, kau ingat tak dalam pengisian Selamat Tinggal Jahiliyah(baca:SJ), masa tu abang-abang mintak kita berpelukan, kemudian cakap kat diri sendiri, “Aku akan tinggalkan jahiliyah aku” sebanyak tiga kali sambil tepuk bahu. Ingat tak?. Waktu tu kau ingat tak apa jadi kepada semua peserta termasuk kita?. Takde sorang pun yang tak menangis. Semua menangis. Itu tandanya, semua peserta ada jahiliyah masing-masing.”

            “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan  (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada  sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu        (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya,      maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (al- An’am: 112)

            “Allahhh, maafkan aku. hamba-Mu ini telah tersalah langkah. Telah menyisihkan cintaMU.” getus hati Naeem.  

Bibit penyesalan mula timbul dalam hatinya. Kali ini air mata Naeem tidak tertahan lagi. Dibiarkan saja berguguran membasahi pipinya yang sedikit berjerawat itu. Lafaz istighfar meniti di bibir Naeem. Mula menyedari kesalahan besar yang dibuatnya. Selama ini dia ego dan rasa betul. Tapi, entah kenapa Yaseer mampu melenturkan egonya itu. Semua dengan izin Allah.

Sambil memeluk Naeem, kata-kata semangat terus diberi.

            “ Naeem, aku tahu kau budak baik. Aku tahu kau akan jadi seorang mujahid setia. Aku tahu kau akan jadi penggerak dakwah dan tarbiah ini. Aku tahu kau mampu menjadi seorang murabbi yang mampu menggegar dunia. Aku optimis dengan kau. Tapi dengan satu syarat……”

            “Apa dia?...” dalam esak tangis.

            “Kau kena berjanji dengan Allah, kau akan lepaskan ukht tu. Kau cakap pada dia, kau nak berubah. Kau cakap kau dah tersilap langkah mencintai dia. Kau cakap akibat mencintai dia, kau telah merosakkan cinta kau kepada Allah. Kau cakap yang kau nak jadi serius dengan dakwah dan tarbiah. Dan kau cakap kat dia yang kau akan mendoakan dia supaya dia dapat pasangan yang lebih baik dari kau.”

            “ Jzkk Yaseer. Aku sayang ko!.” sambil memeluk erat.

            “Woiiii, apa yang korang buat tepi padang ni haaaa!. Gay ke ape!. Nak gay-gay gi la tempat tersorok sikit” jerit pemain bola.

            “Hahahahaha.” tawa malu Yaseer dan Naeem sambil mengesat airmata.

Dengan segera mereka melepaskan pelukan. Bimbang ada yang fikir lain.

###

            “Salam ukhti Syaqirah, mulai saat ini ana mengharamkan diri ana dari berhubungan dengan enti lagi. Apa yang kita buat ini salah. Menghampiri zina. Ana harap, kita mula serius dengan dakwah dan tarbiah. Tidak mungkin dakwah ini akan berjaya dengan tangan-tangan kita yang penuh dengan karat jahiliyah ni. Tidak mungkin ana akan jadi seorang murabbi selagi ana berhubung dengan enti. Dengan lafaz Bismillah, ana lepaskan enti. Moga ini yang terbaik. Lillahi Taala. Assalamualaikum. *do not reply.”


Itulah mesej Telegram terakhir Naeem buat ukht Syaqirah. Walau berat di hati, kerana cintakan Allah, dia tabahkan juga. Kini hatinya sudah mulai tenang. Tenang berbekalkan cinta Allah. Berbekalkan cinta ikhwah fillah. Ketahuilah, cinta yang bernilai itu datang dari cinta atas syariat Allah. Kerana dengan cinta ini, dakwah ini bisa dilajukan. Kerana dakwah ini CINTA. Moga terus melaju!.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Antara kisah benar yang pernah berlaku. Moga kita dijauhkan dari jahiliyah yang sedang melata
*jika ada cadangan or penambahbaikan, sila bagitahu. Boleh improvise. =)
*moga Allah redhooo.

Comments

Anonymous said…
Nice entry!
Cerpen Tarbiah said…
Assalamualaikum

Jalan cerita yang bagus

Cuba baca di :

http://cerpentarbiah.blogspot.com/?m=1

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

*Manisnya Di Sana*

WHY ME???