WHY ME???




Pernah tak dulunya,
Kita terfikir, kenapa Allah memilih kita untuk merasai hidayahNYA?.
Pernah tak dulunya,
Kita terfikir, kenapa Allah letakkan kita dalam gerabak usrah ini?.
Pernah tak dulunya,
Kita terfikir, kenapa Allah selalu pertemukan kita dengan orang baik-baik saja?.
Pernah tak dulunya,
Kita terfikir, macam mana lah kita boleh berubah dari free-hair hinggalah boleh pakai tudung labuh sekarang. Bidang 60 bercorak bunga besar pula tu!.
Pernah tak dulunya,
Kita terfikir, kita jadi budak masjid?. Kalau dulu asyik solat bilik je!.
Pernah tak dulunya,
Kita terfikir, kenapalah sekarang bila baca je ayat-ayat Allah, tiba-tiba airmata mengalir laju. Cepat rasa sebak. Hati cepat tersentuh!.
Pernah tak kamu semua?
Aku sengaja datangkan persoalan ini untuk kita sama-sama muhasabah diri.
Sedar atau tidak bahwa dalam hidup kita ini, banyak perkara yang terjadi tanpa kita sangka. Banyak perkara yang terjadi tu, tak pernah langsung terlintas dalam benak fikiran kita. Langsung tak pernah!.
Allahu Rabbi!.
Entah takdir apa yang Allah tentukan pada kita ini. Entah apa hikmahnya semua ini?.
Terkadang persoalan itu berterbangan saja di minda sedang wajah memandang tepat ke bulan yang memeriahkan suasana gelap malam. Terbang tanpa jawapan.
Sehinggakan kita kadang tertanya-tanya kehairanan kepada Tuhan,
“Ya Allah, kenapa hanya aku yang jadi begini?. Kenapa hanya aku yang Kau beri hidayah sedang kawan-kawan aku tidak seperti aku hatta mak ayah aku tidak begini?.Kenapa mesti aku?.Apa-apa pun, Terima Kasih Allah atas petunjukmu ini.” maka waktu ini layaklah untuk airmata menitis melahirkan rasa syukur yang teramat sangat.
Cinta Allah yang sudah membalut jiwa. Dalam hati, hanya Allah zikirnya. Buat apa pun, selalu teringat Allah. Adakah ini penangan cinta hakiki?. Allahhhh T_T. Banjir.
Tapi,
Tapi,
Tapi,
Kenapa kita yang Allah pilih?.
Kenapa tidak kawan rapat BFF kita, kenapa tidak jiran sebelah bilik kita, kenapa tidak adik-beradik kita sendiri dan mak ayah kita sendiri?.
“…Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya..” (Ali Imran : 103)
Allah, Allah, Allah.
Baiknya Allah Taala. Bayangkan kita selangkah ke jurang kehinaan, lalu, Allah sambut kita dengan cintaNYA. Dengan hidayahNYA. Ahhhh, nikmat sungguh!.
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Inilah nikmat hidayah yang Allah beri pada kita tanpa kita sangka. Nikmat yang kita dapat bukan sebab keluarga kita asatizah, bukan sebab kita duit banyak atau ilmu penuh di dada, tapi ia semata-mata kurniaan Allah.
Kamu bayangkan, disaat kamu jauh dari Allah, disaat kamu sedang bergelumang dengan jahiliyah, disaat Al-Quran dan berhabuk dekat kampung sana, disaat solat dengan selamba hipopetemes saja kamu tinggalkan, disaat lambakan manusia yang larut dalam jahiliyah, tapi, errrr, tapi Allah pilih kamu untuk peroleh hidayahnya.
Apa istimewanya kamu?.
Disaat Allah memilih kamu, lalu dihadiahkan cintaNYA pada kamu, bagi aku sendiri, “WAJIB” untuk kamu sentiasa amalkan doa ini;
“Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia). “ (Ali Imran : 8)
Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbii ‘alaa diinika [“Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”]
Aku benar-benar merasakan doa ini sangat ‘powerful’. Entah kenapa setiap kali di akhir solat, tatkala menadah tangan lalu doa ini aku bacakan, hati aku rasa terusik sangat. Terasa sebak.
Cuba kamu hayati dalam-dalam, telusuri ayat ini satu-persatu menggunakan kehalusan jiwa hamba kamu.
“…..jangan Engkau jadikan hati kami CONDONG kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami…..”
Potongan ayat ini cukup menyentuh aku. Bayangkan teman, kita meminta pada Allah, hidayah yang telah Allah beri pada kita ini supaya Allah tidak pesongkan ia, condongkan ia. Cuba bayangkan, kiblat yang kita tujukan itu apabila condong sedikit ‘degree’nya, pasti ia tersasar jauh dari Kaabah tempat mulia itu. Entah-entah, kiblat kita, nun Amerika Syarikat sana. Tempat Donald Trumph. Astaghfirullah.
Bayangkan, sekeping hati yang ada dalam diri kita ini, kalau ia terpesong sedikit dari jalan Allah, pasti ia akan sesat dan tidak menemui destinasinya. Naudzubillah. Moga Allah jauhkan kita dari terpesongnya hati kita ini.
Aku temui ramai yang bila sudah mula berhijrah, mereka hargai betul hijrah mereka itu setelah sekian lama berteman dengan jahiliyah. Sungguh aku doakan Allah pegang hati mereka untuk terus dijalannya.
Lihatlah.
Betapa istimewanya kamu dimata Allah. Untuk kamu tahu kenapa hanya kamu dipilih, memang susah untuk kamu tahu. Ianya rahsia Allah. Ianya takdir Allah yang tersembunyi di balik lindungan Lauh Mahfuz. Tabir kasih-sayang Allah yang disebaliknya tersimpan hikmah. Dzat yang tidak mampu kita lihat, tapi cukup mampu kita merasai segala nikmat yang diberi olehNYA.
Cukuplah kamu zahirkan rasa syukur ini dengan ketaatan yang bersungguh-sungguh padaNYA. Itu pun sudah cukup untuk kamu masuk dalam senarai para mukminin. Moga syurga buatmu!.
Usrah tapak kita melabur saham akhirat
Bagi yang berada di dunia usrah ni, lagi lah mereka merasa pelik.
Dulunya hidup dalam jahiliyah, tiba-tiba, eh, nak berjuang pulak. Tiba-tiba nak bawa dakwah pulak. Dah lah bukan budak sekolah agama!(dakwah ni budak agama saja ke boleh buat?.Grrr.)
Ayat klise para ikhwah akhwat kita bila ketika daurah.
Kamu nak tahu apa?.
“Alhamdulillah, adik-adik sekalian, kita patut rasa syukur sebab kita ini dipilih Allah untuk datang ke daurah kali ni. Which is this is one of our wasilah tarbiyah kita. Cuba bayangkan, kalau kita tak ada kat sini, mesti kita dah buang masa kan?.” macam tahu-tahu pula hakak habang murabbi ni kan.
Amacam klise tak?.
Ayat yang memang klise tapi bagi aku, itu sebenarnya ayat yang patut melahirkan dan menambah-nambah syukur kita.
Kenapa?.
Bayangkanlah akhis wal ukhtis!, usrah kot!. Allah pilih kita untuk berada dalam usrah!. Dalam dakwah!. Dalam tarbiyah!. Tidak semua Allah pilih untuk berada dalam gerabak usrah ini. Mana tidaknya. Kena infaq segala-galanya baik harta, jiwa, masa dan tenaga. Nak kena komit dengan semua wasilah tarbiyah pula. Dengan usrahnya, daurahnya, rehlahnya, mukhayyamnya ahhhh dan macam-macam lagi lah.
Maka, bertambah-tambah lah hairan kita.
Sekali lagi persoalan timbul, kenapa aku yang dipilih?.
Entah kali ke berapa airmata ini mengalir membasahi pipi. Entah kali ke berapa pipi harus disapu?. Banyak kali sapu, boleh melecet juga sebenarnya kulit pipi ni!. Huhu.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung “ (Ali-Imran:104)
Sekali lagi.
Ayat Allah ini mewujudkan rasa terharunya kerana betapa Allah takdirkan kita untuk buat kerja dakwah ini dan usrah sebagai tempat kita belajar Fiqhud Dakwah (baca: kefahaman dakwah) ini. Usrah tempat kita memburu petunjuk Allah!.
Sekali lagi, hayati ayat itu dengan kehalusan jiwa, kerendahan hati.
SEGOLONGAN.
Ya, perkataan itu yang membuatkan aku untuk berkongsi dengan kamu. Jelas Allah mengatakan hendaklah ada segolongan dari manusia ini yang buat kerja dakwah!
Wow!. Subhanallah!.
Kata Allah segolongan, bukan keseluruhan.
Tanpa kita sedari, Allahhhh, rupanya kita lah yang segolongan itu. Rupanya kita lah yang Allah pilih untuk buat kerja dakwah. Kerja mulia yang hanya mampu digalas oleh insan mulia di sisi Tuhan.
Tidak ramai yang akan sanggup untuk memikul beban dakwah ini. Sebab itu Allah khabarkan dalam ayat itu segolongan akhis wal ukhtis. Segolongan itulah yang ikhlas dan sabar akan apa jua yang terjadi dalam dakwah ini. Mereka tetap tsabat. Mereka tetap istiqamah dengan amal. Mereka itulah yang faham benar akan kalam Imam Hasan Al-Banna rahimahullah ini;
“Al waajibaat aktsaru minal awqaat” (Bahwa kewajiban itu lebih banyak berbanding waktu yang tersedia).
Usrah ini bukanlah tempat orang yang baik-baik saja. Kita dulu pun, bukan baik sangat. Bermacam koleksi jahiliyah yang kita buat. Boleh buat karangan. Tapi, carta alirannya adalah Allah memilih kita, kemudian Allah tempatkan kita untuk berada dalam usrah. Dari usrah kita perlahan-lahan belajar untuk mencari cinta Allah yang sebenar, belajar untuk berubah menjadi individu muslim yang sebenar sehinggalah Allah timbulkan rasa dalam hati kita untuk berjuang di medan untuk umat dan agamaNYA.
Itulah hikmah Allah Taala.
Aku sebagai hamba biasa tidak boleh fikir hikmah dan kehebatan Allah menyusun ini semua buat kita. Itu rahsia. Rahsia dan rahsia.
Antara usaha dan hidayah itu
Ini juga konflik yang sering saja berlaku.
Kita kadang tak puas hati. Ada orang yang Allah tiba-tiba detikkan hati dia untuk peroleh hidayah dan ada orang dah bertahun-tahun cari hidayah tapi masih tak jumpa. Hati tidak terdorong untuk berubah.
Maka aku simpulkan, betapa detikan hidayah itu sangat memberi impak dalam perubahan. Baik melalui detikan dulu, atau usaha dulu, itu urusannya Allah. Tugas kita hanyalah usaha mendapatkannya walau terpaksa mengorbankan nyawa kita demi Allah.
Allahu Rabbi.
Akhirnya.
Aku mahu mengajak kamu untuk sama-sama kita ambil ibrah dari kisah sang Nabi kita yang tercinta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam jiwa Nabi, nak sangat Abu Tholib, bapa saudara Baginda untuk memeluk Islam. Mana tidaknya, bapa saudaranya ini lah yang menjadi “backup” besar Nabi dalam usaha dakwahnya walaupun ketika itu, Abu Tholib seorang kafir. Seorang ketua quraisy yang besar pengaruhnya. Ketua qabilah Bani Hasyim kot!. Qabilah yang dipandang tinggi.
Saat Abu Tholib sedang nazak, bersungguh Nabi mengajarkan syahadah dengan harapan Abu Tholib sempat mengucap sebelum wafat. Tapi, apakan daya, Allah menentukan sebaliknya.
Bayangkanlah, seorang yang dilantik menjadi Nabi pun tidak mampu untuk memberi hidayah, apatah lagi kita yang imannya lemah ini. Jauh iman kita dengan Rasulullah. Jauh sangattt.
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Al Qasas: 56).
Mari kita renung kata Ibnu katsir mengenai tafsir ayat ini,
“Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak layak mendapatkannya”.
Hargailah lindungan hidayah Allah ini. Setelah Allah memilih kita untuk dapat hidayahNYA, jangan pula kita kufur. Jangan pula kita abaikan.
Nikmat termahal ini.
Kurniaan ini, dengan jiwa hamba dan jiwa daie yang rabbani, ketahuilah, kenapa Allah memilih kita, kerana Allah tersangat tahu, kitalah yang paling layak.
“Why me?.”
“Because you’re the chosen one!.”
 #TaujihatJiwa
Follow kami di:-



Comments

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'