*Manisnya Di Sana*



Pernah atau tidak suatu masa kita terfikir, atau sengaja fikir, apa yang ada di sana?.

Seronok sangat kah di sana?.

Sampaikan Nabi pesan pada kita, bila kita minta nak pergi ke sana, mintalah tempat yang paling tinggi.   

          Seronok sangatkah di sana?.
         
         Sampaikan Rasulullah dan para sahabat, bercita-cita tinggi untuk ke sana. Sampai tercedera anggota tubuhnya. Sampai sanggup tinggal anak bini semuanya.

          Seronok sangatkah di sana?.

          Sampai ada sahabat, yang tika masih hidup di dunia pun, tapak kakinya sudah kedengaran di sana.

          Ada apa di sana?.

          Layakkah aku ke sana?.

Dalam satu hadis qudsi, Allah Azza Wajalla berfirman:

"Aku telah persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau mahu, silakan kamu membaca: "Tidak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka.(Surah as-Sajdah: 17). (HR Bukhari)

          Subhanallah!.

          Hadis ini menceritakan perihal sana!.

          Menambahkan lagi rasa saspen kepada kita. Bayangkanlah. Di sana tersedia:-

          1)   Nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata kita
          2)   Nikmat yang tidak pernah terdengar oleh telinga kita
          3)   Nikmat yang tidak pernah terdetik di hati kita

          Saya merenung panjang. Barangkali memikirkan. Entah bagaimana keadaan di sana.

"Dan sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai di dalamnya…” (Al-Baqarah, 2:25) 

“Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga ‘Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar.” (at-Taubah, 9:72)
 
Jannah.

Syurga.

Itu lah yang di sana.

Dua ayat yang berbeza. Surah yang berbeza. Namun mesejnya sama.

Di sana tempat istirehat abadi buat mereka yang beriman.

Layakkah kita?.

Ya, layakkah kita ke sana?.

Dalam keadaan sekarang diri yang penuh noda, layakkah?.

Dalam keadaan diri yang masih cintakan dunia, layakkah?.

Dalam keadaan hati yang secara sembunyi cintakan maksiat, layakkah?.

Dalam keadaan jasad yang masih culas dengan ibadah, layakkah?.

Di sana hanya ada nikmat. Nikmat yang terbentang luas. Jika kau di dunia menganggap mempunyai wajah yang cantik hensem, mempunyai harta benda yang melimpah ruah, memiliki jawatan yang dilihat ramai itu adalah nikmat, maka ketahuilah, di sana itu, terlebih nikmat dari apa yang kau sangka itu paling nikmat atas muka dunia ini.

Susah ke jalan ke sana?

Soalan yang sangat subjektif tapi boleh di jawab secara umum. Ya, memang sukar. Sukar kerana nafsu ini memang sifatnya cintakan dunia lebih dari apa yang ada di alam akhirat sana. Tapi, ia akan jadi mudah, bilamana hati kita sudah mula ‘taksub’ dengan syurga.

Sudahkah hati engkau taksub dengan Syurga?.

          Jalan ke syurga tidak mudah teman. Perlu mujahadah. Maka bermujahadahlah dalam perubahan kita. Biar di dunia kita rasa perit sangat, inshaa Allah, di syurga nanti, rasa perit seolah tidak pernah dirasai. Hanya kerana di syurga, semuanya bertukar nikmat!. Semuanya menjadi indah belaka.

          Bayangkan di syurga, apa yang kamu mahukan, semuanya bisa kamu perolehi.

          Itulah kelebihan yang Allah bagi buat para mukmin.

          Ada orang yang kadang-kadang kita pelik, siang malam buat kerja dakwah. Tanpa kenal erti penat lelah. Kejap pergi sini, kejap pergi sana. Demi nak sampaikan islam ni. Mereka tak pernah merasa penat sebab apa?. Sebab mereka tahu, itulah tiket ke syurga.

          Saya kagum melihat mereka yang betul-betul ingin berubah. Mereka sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat meraih kembali title mukmin tu. Mereka nak menjadi hamba Allah yang disayangi olehNYA.

          Saya pernah berhadapan dengan orang yang benar-benar ingin berubah ini. Bayangkan selama hidupnya, tidak pernah dia menyentuh kalam Allah Al-Quran. Ibubapanya tidak pernah menyuruh dia membaca Al-Quran sehingga satu hari dia ternampak saya membaca Al-Quran dan dia tanpa segan silu mengatakan yang dia dah tak pernah baca Al-Quran. Maka saya pun minta dia sediakan kitab iqro’ dan tentukan satu masa untuk belajar Al-Quran bersama. Maka, dia pun buat. Bersungguh!.

          Andai kita tahu benar apa yang ada di syurga, pasti kita tidak akan berhenti beramal.

          Lihat saja Saidina Umar, sahabat Nabi itu dihadiahkan bidadari yang pemalu.

          Saat Rasulullah dimi’rajkan oleh Allah, malaikat Jibril memperlihatkan kepada Nabi taman-taman Syurga. Rasulullah melihat ada sekumpulan bidadari tengah berborak sesama mereka. Rasulullah lihat ada seorang bidadari yang lain dari yang lain. Bidadari itu pemalu. Rasulullah bertanya, bidadari siapakah itu?. Maka malaikat Jibril mengatakan, ia untuk sahabatmu Saidina Umar. Ia terjadi kerana masa Rasulullah bercerita tentang indahnya syurga, Saidina Umar menginginkan seorang bidadari yang istimewa dan lain dari yang lain. Yang pemalu. Disebabkan Saidina Umar sentiasa memenuhi seruan Allah, maka Allah hadiahkan apa yang dia inginkan.

          Fuuhhh, indahnya!.

          Anda nak tahu kenapa macam itu sekali Allah bagi kepada Saidina Umar?. Ya, anda bacalah sendiri sirah Nabi dan para sahabat Baginda khususnya Saidina Umar. Maka dari situ anda akan tahu Saidina Umar ini bagaimana perjuangannya.

          Di Syurga, memang kita akan dapat apa saja yang kita mahu.

Kita akan dapat apa yang kita inginkan bilamana Allah itu kita taati betul-betul. Bilamana kita infaqkan diri betul-untuk jalan Allah. Kalau dengan kawan kita pun kita boleh turuti saja apa yang dia mahu, kenapa tidak Allah yang ciptakan kamu?.

          Pfftftftf.

          Jangan rasa takut untuk berubah menjadi individu muslim, jangan takut!. Ya, memang anda akan menghadapi orang-orang yang langsung tak menyokong anda. Orang akan ‘bash’(baca:hentam) anda ‘kaw-kaw’ punya. Mereka akan hentak anda sampai lumat(macam gusti pula). Dan yang paling menyayat hati sebenarnya adalah sahabat karib anda yang mungkin dah 10 tahun anda bersahabat dengannya, secara perlahan, menjauhi anda.

          Tidak apa, biarkan saja.

          Allah pasti akan datangkan anda dengan sahabat yang baik-baik. Dan sebenarnya, sahabat yang baik inilah yang kita kena cari. Mungkin sebelum ini dasar persahabatan kita bukan sebab iman, bukan sebab Allah, tapi sebab dia itu kawan lama sekolah kita, kawan bisnes kita, kawan sekolej kita dan sebagainya.

          “Bukankah kita kena jaga jugak ke hubungan dengan mereka?.”

          Benar. Tidak ada salahnya. Hubungan itu harus sentiasa dijaga. Tapi, nak cari title sahabat yang sebenar, itu perlu dibentuk, dibina dan dicari.

          Sahabat yang bagaimana?.

          (Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang BERTAQWA.” (al-Zukhruf:67)
          “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” (HR Hakim)

          Sekali lagi, jalan ke syurga tidak mudah.

          Jika anda mampu bermujahadah dengan benar, yakinlah, syurga itu milik anda.


          Ya, ia milik anda!.

#taujihatjiwa

telegram.me/TaujihatJiwa


Comments

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

WHY ME???