"Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 1.0"

[Sekadar Hiasan]

Minggu orientasi atau suaikenal adalah minggu yang paling tidak disukai oleh pelajar-pelajar baru. Mana tidaknya, mereka dikehendaki bangun awal dan mengikuti segala program yang telah dijadualkan dengan begitu padat sekali. Itulah rutin mereka selama seminggu.

Irham, antara pelajar yang agak nakal, poyo, smoking ketika pada zaman sekolah begitu tidak menyukai minggu orientasi. Orientasi adalah minggu yang memerlukan semua pelajar supaya disiplin dengan masa dan arahan sedangkan peribadi Irham bukanlah seorang yang berdisiplin. Kalau dalam LDK(baca:Latihan Dalam Kumpulan), Irham lah yang paling ketara sekali buat perangai dan ‘buat kepala’nya sendiri. Semua ahli LDK panas hati je tengok Irham ni. Asal abang Fasi(abang Saif) mulakan LDK dengan AL-Fatihah, mula lah tiba-tiba buat mengantuk lah, buat tak sedap duduk lah. Fuh, betapa ‘rebel’nya Irham ni.

Pada hari terakhir, Irham mula tidak tahan lagi dengan orientasi. Lalu dia ambil keputusan untuk ponteng orientasi hari terakhir. Usman(kawan satu LDK), cuba menghubungi Irham.

            “ Tuuuutttt. Tuuuuuuuttttt”, Usman cuba menghubungi Irham beberapa kali.

Lalu telefon diangkat.

            “ Haaaaaa. Angkat pun. Wehhh, kok at mana bro?. Abang Saif cari ko ni. Jangan buat hal. Hari ni hari terakhir kot kita orientasi!!!!. Hissshhhhhh”, dengus Usman.

            “ Alaaaaaaa, ko cakap la kat Abang Saif yang aku tak sihat. Demam ke. Ape ke. Aku malas aaaaaa pergi. Boring. Buang masa aku je”, Irham cuba memberi alasan akan ketidakhadirannya.

            “Hmmmmm, ok lah. Ok lah. Hish ko ni. Macam-macam perangai. Sengal tol lah. Takpe, nanti aku gitau abang Saif”, balas Usman yang sudah masak dengan perangai Irham.

Usman pun pergi ke dewan yang dikatakan berbentuk penyu itu seorang diri. Usman memang antara pelajar yang disiplin. Jauh beza dengan si Irham. Masuk Usman ke dewan dengan semangat sebab hari terakhir orientasi.

            “Haaaa!, Man. Sorang je hari ni. Mana sorang lagi(irham)?”, tanya abang Saif sambil menepuk bahu Usman yang baru saja melepasi pintu utama dewan.

            “Entah lah bang si Irham tu. Saya pun tak faham. Dia tak nak datang hari terakhir ni. Dia nak lepak je kat bilik dia tu. Dia suruh saya cakap kat abang yang dia demam”, ujar Usman yang sengaja jadi jujur kerana tak sanggup menipu abang Saif yang begitu dia tsiqohi (baca:percayai).

            “Owh, yeke?. Allahu Robbi. Ok. Takpelah begitu. Kamu pergi masuk dalam kumpulan. Nanti abang minta kawan abang untuk jaga LDK. Biar abang pergi jenguk si Irham tu dulu. Mungkin betul dia demam”, balas abang Saif kepada Usman dengan penuh kerisauan akan anak LDK nya itu.

Itulah peribadi murni yang ada pada abang Saif. Tidak mahu menghukum terlebih awal tetapi cuba untuk selidiki terlebih dahulu. Maka wajarlah abang Saif ini disegani oleh ramai orang termasuk pegawai-pegawai di Pusat Islam dan juga Usman sendiri.

Abang Saif pun melangkah keluar dari dewan menuju ke blok asrama lelaki yang berhampiran dengan parit dan hutan itu. Abang Saif terus menuju ke bilik Irham yang bernombor A-131.

            “Knockkk. Knockkk. Knockkk. Irhammm. Ooooo Irhammm. Ni abang Saif ni. Boleh buka pintu?. Kamu tak sihat yer?”, abang Saif cuba mengetuk pintu dengan harapan Irham membukanya.

Lalu………………

~To Be Continued~


*Harap dapat bersabar semua. Jangan ada yang gigit bantal kemarahan. Errr

Comments

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

WHY ME???