Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!


Di atas bukit. Aku melemparkan pandanganku jauh ke bawah. Dari atas kelihatan pokok-pokok yang mempunyai warna yang berbeza. Spesis yang berbeza. Aku yakin, pokok itu banyak perbezaannya dari sudut spesis, tekstur batang pokok, susunan akar dan daunnya dan banyak lagi lah dari sudut morfologinya, tapi aku pasti, mereka melantunkan zikir yang sama pada Tuhan yang sama.
            Aku teringat suatu ketika dulu.
            Atas bukit ini juga aku disapa hidayah Allah.
            Waktu itu aku masih lagi tidak mengerti apa-apa. Iman itu seolah tidak dirasai oleh hati. Rasa lebih seronok hidup seperti orang lain. Kalau boring, pergi lepak di mall, pergi karaoke. Layan movie hingga ke Subuh, ahhh, itu rutin harian aku. Tak ada siapa yang boleh ubah jadual asasi aku. Sebelum tidur, seperti biasa lah, bergayut dengan kekasih hati. Hati selalu rindu nak dengar suara wanita yang aku cintai.
            Aku menikmati saja pemandangan yang indah itu. Sabar menanti mentari pagi bernafas di balik bukit nun sana.
            “Syahir, bila kita tengok ciptaan Allah ni, bukit, pokok, burung, matahari, langit, kita sedar tak bahawa kita ni sangat kerdil. Kerdil bukan setakat di sisi Allah, malah di sisi ciptaan Allah yang lain.” tangan Shukri merangkul bahuku.
            Aku tiada respon waktu itu. Diam seribu bahasa. Hanya merenung jauh. Aku cuba hadam apa yang disebut Shukri. Senior umur satu tahun dan sekuliah denganku. Dia yang ajak aku datang ke bukit ini. Kata orang tempatan, bukit ini namanya Bukit Panorama. Memang cantik panoramanya.
            “Maksud kau?.” aku mula mengajukan soalan.
            Aku tak mahu suasana yang menjemput cengkerik mengeluarkan bunyinya (krikk krikk). Bosan juga kalau senyap saja. Aku dengan Shukri segan sikit. Kalau dengan kawan yang lain, memang keluar perangai gila aku.
            “Cuba kau tengok masyarakat kita sekarang. Kalau kau kira berapa ramai orang yang rasa dia besar dari Allah, memang tak terkira. Bergelumang dengan jahiliyah. Maksiat berleluasa. Jauh dari ketaatan akhirat!.”
            “Jadi, apa kaitannya dengan ciptaan Allah yang kau sebut tadi?. Sori. Aku tak dapat nak tangkap sangat. Huhu.” aku jujur saja. Tak nak memandai buat-buat faham. Tak faham, cakap tak faham. Itu prinsip aku.
            Shukri mula membaca sepotong ayat.
“Katakanlah: Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan Bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi Nya? (Yang bersifat) demikian itulah Tuhan semesta alam.” (41:9)
“Ayat itu. Allah bertanya kepada kita, patutkah kita ini kufur kepada Allah dan menyekutukannya sedang Allah itu Tuhan yang menciptakan semua apa yang ada depan kita ini!. Bukit, burung, matahari, pokok dan sebagainya. Ini semua Allah cipta!.” Shukri mendepa tangannya. Dah macam bersajak aku tengok mamat ni.
            Aku cuba hadamkan lagi ayat yang dibaca Shukri sebentar tadi.
            Aku tak pernah sentuh Al-Quran sejak keluar dari zaman persekolahan. Nampak sangat aku baca pun sebab sistem sekolah aku macam itu dahulu. Bukan baca sebab aku tahu itu suatu tuntutan kepada seorang muslim. Allahhh, teruknya aku.
            “Syahir, kita ini lemah. Cuba kita fikir, macam mana kita nak wujudkan satu organisma yang sebijik macam burung. Ok lah. Tak pun kita fikir, macam mana nak cipta satu pokok yang akan hidup seperti yang kita aturkan. Mampu tak kita?.” Shukri menyoal aku. Aku dah lah tengah khusyuk mendengar.
            “Tak.” ringkas.
            “Ya, sebab itu kita kerdil, hina. Manusia ni, tak mampu pun nak cipta satu hidupan persis macam mana Allah cipta. Sebabnya, diri kita ini pun Allah yang cipta!. Tapi, kita masih lagi sombong. Tak rasa Allah itu ada. Jarang minta pada Allah, tapi kalau dengan manusia, macam-macam kita minta. Allahu Rabbi. Lemahnya pergantungan kita pada Allah. Macam mana lah Allah nak bagi syurga pada kita ni. Dosa maksiat dah macam makanan harian. Rasa biasa je bila buat tu. ”
            Aku lihat wajah si Shukri. Matanya sedikit berair sambil memandang jauh ke bukit sebelah. Bergenangan menanti jatuh di muka pipi. Dia tak pandang pun wajah aku. Mungkin tengah sebak yang teramat. Sekali-sekala terdengar esakan.
            Aku tahu perasaan dia. Kecewa dengan umat yang kian jauh dari Allah. Jelas aku nampak, dia sayang benar pada aku. Sebelum ini pun dah macam-macam dia buat untuk ajak aku kembali ke jalan Allah. Tapi, ya lah. Siapa lagi mampu beri hidayah selain Allah.
            Saat itu.
            Atas bukit ini.
            Aku merasakan hidayah Allah telah sampai padaku.
            Ringkas saja perkongsian Shukri, namun sudah cukup untuk aku rasakan yang aku ini hamba. Sudah cukup untuk buat aku rasa yang aku kena kembali ke jalan Allah. Aku kena berubah!.
            Atas bukit ini.
            Aku rasa sangat kerdil. Kerdil dengan ciptaan Allah. Kini setiap makhluk Allah selain manusia yang aku tengok, pasti aku akan teringat akan kekuasaan DIA. Aku rasa dah lama sangat aku jauh dari DIA. Rasa banyak sangat masa aku disia-siakan dari mentaatiNYA. Aku lagho!. Ah!.
            “Shiuuuhhhhh.” angin kuat menampar pipiku. Rambut aku serabai dilanda angin.
            Ya, angin!. Boleh saja angin itu menghumban aku ke bawah, tapi Allah itu Maha Baik. Masih menjaga aku di mana saja aku ada. Masih menerima aku apa adanya di bumi ini.
            Aku lantas memeluk sahabatku itu. Tanpa aku sedari, air mata yang jarang-jarang tumpah itu, tumpah jua akhirnya. Membasahi sedikit bahu Shukri. Aku memeluk erat dia.
            “Shukri, terima kasih atas segalanya!. Terima kasih!.”
            Ketika itu, hanya ungkapan terima kasih yang paling tulus, mampu aku luahkan padanya. Tak pernah kenal erti penat lelah ajak aku ke tempat-tempat yang baik. Aku tolak pun, dia masih berusaha selagi ada kudratnya.
            Sahabat soleh yang menjadi asbab aku ingin segera menjadi hamba yang taat.
            Sekali lagi.
            Atas bukit ini.
            Aku capai hidayahNYA.
            Aku kecapi cintaNYA.

            Aku rasai Rahman dan RahimNYA.

-TAUJIHATJIWA-

Comments

Popular posts from this blog

*Manisnya Di Sana*

WHY ME???