Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 2.0




***
            Irham mula membayangkan yang Abang Saif pasti akan memarahinya. Mana tidaknya, hari terakhir buat hal. Orang hari terakhir semangat nak habiskan aktiviti, tapi tidak Irham. Dia ponteng dengan selambanya.

            “Owhhh, Abang Saif, errrr, bang apa khabar?. Masuklah dulu bang. Duduklah”, Irham mempelawa Abang Saif duduk di atas katilnya yang bercadarkan corak buah strawberi.

            “Alhamdulillah, abang ok jerrr. Irham apa khabar. Abang dengar cerita dari Usman, kamu tak sihat betul ke?. Tu yang abang datang nak ziarah tu”, ujar Abang Saif menyatakan objektif kehadirannya ke bilik Irham.

            “Errrrr, hmmmm, sori bang. Saya banyak menyusahkan abang. Saya sebenarnya tak berapa suka orientasi-orientasi ni. Biasalah. Saya di sekolah, nakal orangnya. Sori sangat bang. Saya memang takde mood nak pergi taklimat terakhir ni”, Irham mula jujur kepada abang Saif tentang apa yang terbuku disudut hatinya.

            “Ohhhhhhh, itu je ke. Alah, kenapa tak cakap je kat abang. Jujur je. Abang bukan nak marah pun. Rasulullah pernah beritahu kita soal jujur ni. “Hendaklah kamu semua bersikap jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa pada surga.” (HR. Bukhari). Kalau kamu jujur, inshaa Allah, ada kebaikannya. Apa kebaikannya?. Kebaikannya, tidaklah abang dan teman-teman LDK kamu runsing sangat. Tidaklah abang hilang fokus masa mengendali LDK. Sebab, hmmmm. Abang sayang kamu semua kerana Allah. That’s it”, abang Saif cuba menasihati Irham sambil menggaru-garu telapak tangannya sendiri.

            “Ohh, yeke abang. Maafkan saya yer bang. Tapi series saya dah tak mampu nak pergi lagi orientasi”, Irham cuba mengulang kembali perasaannya yang memang dah “tiada” hati dengan orientasi itu.

            “Ok, takpe lah macam tu. Abang boleh bagi peluang kepada kamu. Tapi, dengan satu syarat!”, abang Saif cuba meletak umpan.

            “Wah, main syarat plak bang. Syarat ape tu?!!!”, Irham menunjukan sifat ingin tahunya.

            “Syaratnya, kamu kena set masa dengan abang untuk kita makan malam bersama. Tapi, bukan candlelight dinner eh. Boleh jadi, kedai mamak roti canai je. Hehe”, abang Saif cuba memasang umpan dengan harapan untuk tarik Irham ikut usrah.

            “Ok, baiklah abang Saif. No problem!. Hmmm”,Irham membalas dengan semangat disertakan dengan perasaan ingin tahu akan apa tujuan sebenar abang Saif mengajaknya makan.

***

            Abang Saif. Siapakah beliau?. Beliaulah ketua nuqaba’ untuk persatuan usrah di sebuah universiti yang dewannya berbentuk penyu itu. Beliau sering mendapat kepercayaan pegawai pusat Islam dan teman-teman AJK surau yang lain dalam melaksanakan tugas terutamanya dalam bab membina individu muslim ni. Abang Saif dilantik menjadi ketua nuqaba’ usrah selama dua sesi. Pegawai pusat islam hanya menyerahkan saja urusan membentuk individu muslim di universiti ini kepada abang Saif. Itulah bukti kepercayaan pusat islam kepadanya. Abang Saif juga dikenali oleh teman-temannya sebagai “orang tarbiyah”.

            Gelaran itu diberi dek kerana abang Saif ini sangat mementingkan tarbiyah terutamanya dalam kalangan AJK surau sendiri. Pernah satu ketika, pusat islam ada menganjurkan aktiviti Larian Hijrah di peringkat universiti. Abang Saif ada perasan suatu perkara yang tak kena dalam kalangan AJK apabila melaksanakan tugas iaitu isu ikhtilat. Lalu, abang Saif ini selalu menegur AJK dalam pertemuan AJK supaya menjaga akhlak sebagai seorang yang membawa imej Islam. Mana mungkin kita mahu orang dekat dengan Islam, tapi kita yang nak mengajak mereka ni yang buat masalah.

            Abang Saif ditugaskan untuk menyusun usrah untuk pelajar yang mahu menyertainya. Bukan sekadar susun kumpulan, malah perlu susun sekali bahan-bahan usrah mengikut silibus walaupun hakikatnya abang Saif mengerti yang tarbiyah ini bukan “silibus-oriented”. Seperti biasa, abang Saif sudah maklum yang memang pada permulaannya akan ramai yang ingin menyertai usrah, tapi kebiasaannya, cukup hujung tahun, yang benar-benar melekat hanya beberapa orang saja. Itulah sunnatullah yang seharusnya para pendakwah sedia maklum. Tapi, bukanlah menjadi lesen untuk pendakwah buat kerja main-main dan tak bersungguh.

            “(Twetttttt, twetttt, tweettttt)”, bunyi kicauan burung berbunyi dihenset abang Saif.

            “Assalamualaikum abang Saif. Apa khabar?. Abang free hari Jumaat ni?. Jom makan malam sekali. Boleh borak panjang lagi”, Irham menunjukkan keselesaannya terhadap abang Saif.

            “Waalaikumussalam Irham. Alhamdulillah, baik. Harap kamu pun baik-baik aje. Inshaa Allah, free. Nanti kita jumpa kat Tomyam Kuning kat belakang kolej yer!. Lepas isyak’. Tak sabar rasanya!. Uhibbuka Fillah!”, abang Saif begitu gembira kerana objektifnya untuk berborak dengan Irham kian jadi kenyataan.

            “Inshaa Allah bang!”, Irham membalas baik.

            “Uhibbuka Fillah?. Kenapa abang Saif cakap kat aku macam tu eh?. Bukan ke aku baru je kenal dengan dia?. Mesti ada apa-apa ni. Arghhhhhh, abaikan je la”, getus hati Irham yang mula kebingungan. Mana tidaknya, ungkapan uhibbuka fillah itu seolah-olah berenang dalam pemikirannya.

            Abang Saif dan Irham pun bertemu di tempat yang dijanjikan. Kedai Tomyam Kuning belakang kolej lepas isyak’. Abang Saif datang dengan jubah kelabunya dengan segak bergaya(maklumlah baru balik surau) dan Irham hanya berpakaian biasa seperti rakyat marhaen.

            Dan mereka memulakan perbualan……………………………..


~To Be Continued~

***Sabaq skettttt. Nantikan sambungannya. Bila?. Bila Allah mengizinkan. Hehe

Comments

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

*Manisnya Di Sana*