Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 3.0


“Silakan duduk Irham. Irham order je nak makan ape. Abang belanja”, abang saif cuba membuka laluan untuk Irham memesan makanan sambil membelek-belek menu Kedai Tomyam Kuning.
“Uish, jangan gitu bang. Segan saya!. Haaaa, bang, bagi saya Nasi Goreng Pattaya dengan Air Bandung Cincau. Cili potong sekali bang”, dengan pantas Irham order makanan.
“Bagi saya Nasi Putih Ayam Goreng Kunyit, Sambal belacan dan Air Barli Suam”, giliran abang Saif pula memesan makanannya.
“Haaaa, Irham. Jom ta’aruf!. Abang pun bukan kenal sangat dengan Irham. Yang abang kenal cuma Irham yang nakal dan tak suka datang orientasi. Ehhh”, abang Saif cuba mengusik Irham.
“Ala bang. Jangan ungkit bang. Segan saya dengan abang. Haaa, ta’aruf?. Mende tu bang?. Permainan di meja makan ke?.
“Hahahahahaha”, mereka ketawa bersama-sama.
“Irham tak pernah dengar ke Ta’aruf?. Ta’aruf tu saling berkenal-kenalan. Itu bahasa arab tu. Bila sebut saling ni kan, apa yang Irham faham eh?. Saling tu bahasa Melayu tau, bukan bahasa Arab. Hehehe”, abang Saif cuba memulakan perbualan.
“Ntah la bang. Yang saya faham, saling tu maksudnya macam two-ways interactions lah. Abang kenalkan diri abang, saya kenalkan diri saya. Gitu lah kut eh?”.
“Haaaa, betul dah tu. Dalam Al-Quran, ada je Allah sebut pasal ta’aruf ni. Ada dalam surah Al-Hujuurat ayat 13.
           “Wahai manusia, sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.  Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.  Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”(Al-Hujuurat:13)
Ayat tu kan sebut Li Ta’arafu (saling berkenalan), dan dari situlah term Ta’aruf tu diambil. Dalam rukun usrah pun ada!. Ta’aruf. Tafaahum. Takaaful.”, abang Saif cuba menjelaskan erti ta’aruf. Tidak sanggup lagi melihat Irham pening.
Begitulah hakikat seorang murabbi. Perlu melalui hidupnya dengan penuh nilai tarbiyah. Perlu sentiasa memikirkan bagaimana cara nak menyantuni mad’u dengan berkesan. Setiap orang dilihatnya sebagai mad’u. Menjadi murabbi yang hidupnya untuk dakwah. Itulah sosok peribadi yang dicari. Fikrah yang ingin diberi bukan sekadar dalam liqo’ mingguan, tapi lebih penting apa yang di luar.
“Wahhhh, Irham!, lajunya kamu makan. Tengok abang, lagi separuh nak habis ni!”.
“Yela bang. Mana tidaknya. Dah abang yang banyak bercakap, saya makan jela. Sambil dengar ok”, sambil suapan terakhir menerjah ke dalam mulut Irham.
“Ye tak ye jugak kan. Takpela. Slow-slow lah kan. Bukan kejar ke mana pun kita. Minggu pertama pembelajaran, biasanya takde homework lagi. Lain lah kalau pensyarah tu over-eksaited nak bagi kerja”, sambil menggerak-gerakkan kening matanya.
“Eh bang. Jap. Tadi abang ada cakap pasal rukun usrah kan?. Usrah tu apa?. Apa kaitan tiga rukun tadi dengan usrah?. Ta’aruf saya faham lah sikit-sikit. Tafahum dan takaful tu ape pulak bang?. Sori lah bang. Saya tak biasa dengan term Arab, serius!. Saya sekolah ‘sekular’ je bang. Sekolah yang banyak buat kes. Saya salah seorang pembuat kes tu!. Huhu”, Irham cuba minta penjelasan.
“Takpela Irham. Setiap manusia ada kisah silamnya masing-masing. Irham ada, abang pun ada. Tapi, yang penting, dalam sudut hati kita yang dekat tu, kita berubah ke arah kebaikan. Usrah?. Rukun?. Haaaaa. Nak tahu?. Jom datang kat Surau Irfan. Jumaat petang ba’da(lepas) Asar. Kita buat baca-baca Quran sikit. Ok?”, abang Saif cuba mengajak Irham dengan harapan yang besar agar Irham dapat bersama dengan tarbiyah. Semangatnya berkobar-kobar.
“Amboi bang. Pandai abang baling umpan kat saya kan?. Tapi takpe bang. Benda baik, why not I try for the first time in my life kan?. Haa, kan dah terspeaking London kat situ. Ok bang, set!”, Irham cuba menunjuk minatnya.

Entah mengapa. Bermula saat itu, Irham mula merasakan ada satu kelainan. Mana tidaknya, abang Saif yang begitu dia segani menjadi sangat rapat dengan tiba-tiba. Tak sampai satu jam, dah macam-macam boraknya. Terasa begitu rapat seperti keluarga sendiri. Irham dapat merasakan ada sesuatu yang sedang dia alami. Tapi, Irham masih lagi dalam kebingungan yang teramat sangat. Tak jumpa ‘hint’ mungkin. Arggggghhh, Irham cuba mengabaikan apa yang berlaku. Buat seperti nothing happen.

Jumaat, ba’da Asar, mereka pun bertemu. Di Surau Irfan bawah kipas sebelah kiri surau, berhampiran tempat menyidai kain pelikat.

“Assalamualaikum semua”

~To Be Continued~


*inshaa Allah, menjanjikan tulisan ini bermanfaat buat kalian semua. Doakan ya!.

Comments

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

*Manisnya Di Sana*