Dari Orientasi ke Lorong Tarbiyah 4.0




*******
            “Ha Irham, sila sila. Jangan segan-segan. Semua ni sama umur je dengan Irham,” ujar Abang Saif sambil menunjuk-nunjuk kepada ahli yang lain.
            “Baik bang.” Balas Irham sambil mengambil tempat duduk di selang dua orang dari abang Saif.
Pertemuan(baca: liqo’) itu berjalan dengan lancar sekali. Sekali-skala angin kuat bertiup di tepi tingkap. Bunyi siulan kadangkala kedengaran tanda angin sedang bertiup kuat. Maklumlah, universiti tepi pantai. Abang Saif melihat satu-persatu wajah anak usrahnya itu. Bukan melihat tanpa perasaan seperti melihat tiang lampu tepi jalan, tapi itu penglihatan penuh chenta. Di sudut hati abang Saif paling dalam, memang ingin mereka ini menjadi pewaris dakwah. Murabbi. Mujahid.
Abang Saif mengambil mushaf Al-Quran di atas begnya lalu memulakan liqo’ nya itu.
            “Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh!. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah. Rabb kita. Malik kita. Ilah kita. Kerana DIA sudi meminjamkan masa kepada kita untuk bertemu pada petang ni. Pernah Rasulullah berbicara, “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga. (HR Muslim)”. Seperti itulah kita, sanggup berkorban untuk mencari ilmu, lalu pasti Allah memudahkan segala perkara yang akan memasukkan kita ke dalam syurga. Dalam satu hadis yang lain lagi, Rasulullah memberi jaminan bahawa kita akan mendapat perlindungan Allah kelak. Ya!, kepada kita yang berkumpul petang ni. Tapi ada syaratnya. Hadisnya,”Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di hari kiamat. Salah satu antaranya ialah dua orang lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah lalu mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah”.
            “Tapi bang, tu kan Rasulullah cakap dua orang. Kita ni ramai. 7 orang”, Irham cuba minta penjelasan.
            “Menarik persoalan tu. Kenapa Rasulullah sebut dua orang je?. Tidak ramai?”, abang Saif bertanya kembali.
            “Krik…….Krik….Krikkk(walaupun tiada cengkerik dalam surau)”, semua menggelengkan kepala. Ada juga yang buat-buat garu leher yang tidak gatal.
            “Itulah hebat Rasulullah. Berpandangan jauh dan berbicara tidak mengikut hawa nafsu. Rasulullah sebut dua orang sebab nak beritahu kita yang walaupun hanya dua orang yang jumpa dan saling berkasih sayang kerana Allah, itu pun berhak mendapat perlindungannya. Apatah lagi kita yang ramai ni. Tapi ofkos lah, dengan syarat kerana Allah. Lillahi Taala”, abang Saif cuba meyakinkan bahawa liqo’ mereka itu dinilai oleh Allah.
Masa sudah setengah jam berlalu. Abang Saif cuba menyusun perjalanan liqo’ nya agar tidak melebihi satu jam. Abang Saif seorang murabbi yang hebat. Dia mengerti akan sifat budak-budak yang baru nak berjinak dengan tarbiyah. Tidak boleh terlalu lama kerana ia akan membosankan!.
            “Ok. Inshaa Allah, boleh korang semua buka Al-Quran masing-masing. Buka Surah Al-Baqarah ayat 30 dan Surah Adz-Dzariyat ayat 56.
            “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak     menjadikan khalifah di muka bumi ini…….(Al-Baqarah:30)
            “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada      AKU.(Adz-Dzariyat:56)
Dua ayat ini sedang berbicara kepada kita tentang mengapa kita dihidupkan atas muka bumi ini. Ingat, setiap yang Allah jadikan atas bumi ini, bukan saja-saja tanpa fungsinya. Setiap dari makhluk Allah, ada fungsinya.
            “Robbana Ma Kholaqta haaza Baathila…”Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan benda-benda(kejadian yang ada di langit, bumi, siang, malam) ini dengan sia-sia.(Ali-Imran:191)”
Maksudnya apa?. Allah jadikan kita ada fungsinya. Ada amanah. Apa dia?. Abang bagi cara mudah ingat. Ingat nombor ni. 2:30, 51:56. Inilah tujuan hidup kita. Ada baiknya kita sama-sama muhasabah, sejauh mana amanah kita dengan Allah sudah tertunai?.
Solat kita macam mana?.
Tilawah Quran kita macam mana?.
Tahajud kita macam mana?.
Penguasaan kita akan sirah Nabi macam mana?.
Hadis banyak mana dah kuasai?.
Puasa sunat kita?.
Hafazan Quran kita?.
Haaa. Itu baru cakap pasal amanah dalam ibadah khusus serta ibadah yang kita sedia maklum. Ha, macam mana pulak amanah dalam bab kekhalifahan?. Secara mudah faham, khalifah itu bukanlah kita kena dapat jawatan tinggi-tinggi. Tapi, ia lebih kepada membawa manusia dari jalan gelap kepada jalan cerah. Amanah kita kepada manusia lain dan kepada Allah akhirnya.”, panjang lebar abang Saif mengulas.
 Abang Saif cuba meninggalkan beberapa persoalan agar anak liqo’ nya itu berfikir. Abang Saif tidak berniat untuk panjangkan lagi. Abang Saif boleh saja menjelaskan ayat itu secara harfiah(baca: satu persatu). Cuma dia tidak mahu terlalu ilmiahkan perbincangan kerana pada hematnya, sumbat semua benda dalam satu masa adalah tindakan yang tidak bijak bagi seorang murabbi. Biarlah apa yang kita bagi itu berpadanan dengan peribadi setiap anak liqo’.
            “Alhamdulillah. Sampai sini saja pertemuan kita. Perbaharui niat kita. Buat kerana Allah semuanya ya!. Kita tangguh pertemuan kita dengan Kafaaratul Majlis dan Surah Al-Asr…….Allahumma innaka ta’lamu…”, abang Saif mengakhiri pertemuan dengan bacaan doa robithoh.
*******

            “Tingggggg….”, pesanan ringkas dari Irham masuk di handset abang Saif. 
“Assalam abang Saif, buat ape?. Mengganggu tak?. Boleh datang bilik saya?. Saya nak berborak dengan abang jap”, Irham mencuba nasib kerana ada sesuatu yang dia ingin luahkan kepada abang Saif. Abang Saif kini sudah ibarat ibu bapanya di universiti.

~To Be Continued~

*Ada dah orang tanya cik TJ. Bila nak habis ceritanya! **pengsan
*cik TJ suka untuk mentarbiyah kalian agar bisa bersabar. Hehehehehe

Comments

Jundullah said…
Sila habiskan cepat. hehehe

Popular posts from this blog

Atas Bukit, Ku Capai HidayahNYA!

Tarbiah Semanis 'Milk Chocolate'

WHY ME???